Perenang negara, Chan Jie melahirkan keyakin mampu melakar kejutan sekiranya terpilih untuk mewakili negara di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsungĀ  Ogos ini.

Atlet kelahiran Subang, Selangor itu berkata beliauĀ kini berada dalam keadaan terbaik untuk menyahut cabaran di sukan dwi-tahunan itu.

ā€œSecara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian semasa saya di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017 apabila berjaya meraih tiga pingat emas menerusi acara 50m gaya bebas lelaki,Ā  4X100mĀ gaya bebas rampaian lelaki dan 100m kuak kupu-kupu lelaki,ā€ kataĀ perenang berusiaĀ 22 tahun ituĀ Ā kepada pemberita hari ini.

Ā Acara gaya bebas lelakiĀ 50m itu dimenangiĀ Chan JieĀ menerusiĀ aksi hari ini, Ā dengan catatan masa 23.44s mengatasi pencabar utama Keith Lim Kit Sern dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ā dengan catatan masa 23.45s dan pingat gangsa pula menjadi milik perenang India, Kothari Anshul (23.81s).

Sementara abang kepada Chan Jie iaitu Chan Yang yang juga mewakili Selangor terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan catatan masa 23.87s.

Anak bongsu daripada empat adik beradik berkata acara 50m gaya bebas adalah merupakan acara kegemarannya dan yakin mampu menyumbang pingat menerusi acara tersebut padaĀ Sukan SEA nanti.

ā€œCatatan masa peribadi terbaik yang pernah saya lakukan adalah 23.42s dan saya harap dapat melakukan catatan masa yang lebih baik di Sukan SEA nanti,ā€ katanya.

Hei Mei Leng, 56, ibuĀ kepada perenang negara itu berkata beliau bangga dengan kejayaan anaknya dan berharap mereka terpilih untuk mewakili negara nanti.

ā€œSaya sering menemani kedua-dua anak lelaki saya di setiap kejohanan yang merekaĀ sertai sejak dari kecilĀ lagi.

Sementara itu, perenang kebangsaan, Welson Sim yang mewakili Sarawak Ā turut meraih pingat emas menerusi acara 1500m gaya bebas dengan catatan masa 15:43.50s mengatasi pencabar terdekat Sajan Prakash, India, yang meraih pingat perakĀ dengan catatan masa 15:50.02s.

Pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik perenang Thailand Tanakrit Kittiya dengan catatan masa 16:00.88s.

Welson bagaimanapun melahirkan rasa kecewa apabila hanya menduduki tempat keenam dengan catatan masa 23.99s dalam acara 50m gaya bebas lelaki. – BERNAMA

- Advertisement -