Oleh Ku Mohd Lufti

Menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2017, sasaran untuk ke perlawanan akhir dilihat realistik berdasarkan prestasi semasa pemain pemain.

Malaysia diundi dalam kumpulan 1C bersama sama Jepun dan Jerman dan aksi pembukaan bagi pasukan Malaysia adalah pada 23 Mei dimana Datuk Lee Chong Wei dan pemain negara akan berdepan Jerman sebelum menentang Jepun keesokkan harinya.

Meskipun ketiadaan Goh Lui Ying, Chong wei tidak melihat ia sebagai satu masalah besar buat pasukan Malaysia.

“Kita tahu peluang cerah dan tinggi tetapi sedia maklum Liu Ying tiada dalam pasukan bagi acara bergu campuran.

“Chan Peng Soon akan bergandingan dengan pemain junior, kami tidak kisah siapa lawan dan semua pemain akan berikan yang terbaik.

Gandingan pemain senior juga dijangka menjadi senjata utama buat skuad Malaysia untuk mengharungi aksi peringkat kumpulan sekaligus memburu slot ke pusingan kalah mati.

“Goh V Shem, Tan Wee Kion dan Chan Peng Soon sudah banyak kali bermain di Piala Sudirman dan pemain lain seperti Goh Jin Wei, Lee Meng Yean, Ong Yiew Sin dan lain lain ini adalah penampilan pertama mereka.

“Kejohanan ini bukan mudah kerana perlukan kerjasama dan kerja keras, samada saya menang atau kalah, pemain pemain lain menang, bermakna Malaysia menang,”katanya lagi.

Datuk Lee Chong Wei menandatangani perjanjian selama dua tahun sebagai duta rasmi minuman isotonic, 100PLUS.”

Majlis menandatangani disempurnakan diantara Chong Wei dengan Pengurus Pemasaran 100PLUS, Leong Wai Yin.

Turut hadir, pemain pemain yang bersama dengan 100PLUS seperti bergu lelaki, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Jin Wei.

- Advertisement -