Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan menyifatkan kenyataan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab terhadap wujudnya isu memboikot salah satu acara di Sukan SEA kelak sebagai tidak relevan.

Kenyataan yang dikeluarkan di akhbar tempatan, Abu Samah resah acara keirin dan pecut akan diboikot oleh negara negara lain susulan Malaysia menurunkan Azizul Hasni Awang, Fatehah Mustafa dan Mohd Shah Firdaus Shahrom.

“Buat masa ini, tidak ada apa apa gambaran yang diberi oleh negara lain utk boikot dan sebagainya.

“Saya rasa tidak perlulah kita tambah isu kepada spekulasi ini dan sudahpasti ada beberapa sukan yang kita jauh kehadapan, ada beberapa acara sukan dimana negara lain yang jauh ke depan,”Kata Khairy yang hadir di Hari Komuniti Bukit Jalil petang tadi.

Tambahnya, sikap seperti ini tidak perlu wujud kerana sukan dwi tahunan yang dianjurkan melibatkan rakan rakan di kalangan negara negara Asia Tenggara.

Malah, kelibat Azizul dan Fatehah yang merupakan olimpian negara bukan baru timbul tahun lalu dan PKBM sendiri perlu tahu jumlah sukan dan acara yang dipertandingkan di SUkan SEA ke 29 yang akan berlangsung pada Ogos sudah diketahui sejak tahun lalu.

“Kalau macam itu sikap kita, maka dalam sukan skuasy dan terjun, orang pun tidak akan datang sebab kita sapu bersih pingat.

“Bidang  sukan lain yang kita tidak kuat, mungkin kita sendiri tidak anjurkan sepert muay kita pilih sebab atas semangat setiakawan walapun Thailand akan menang banyak pingat…sukan chinlon, kita buat walaupun Myanmar akan menang hampir semua pingat,”katanya lagi.

Malah Khairy yakin semangat setiakawan dikalangan negara negara Asia Tenggara akan kekal dan mereka akan terus memberi komitmen tehadap jadual acara dan sukan yang telah disediakan.

- Advertisement -