Oleh Ku Mohd Lufti

Merancang itu bagus, tetapi perlukan pandangan secara 360 darjah dan daripada pelbagai pihak, bukan hanya melibatakn koloni sendiri.

Kehadiran Velodrom Kebangsaan yang telah pun siap dibina dan akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu ini sebaliknya mengundah satu idea ‘menarik daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Menerusi kenyataan daripada Setiausaha Agung, Ibrahim Mustafa, yang mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menutup program latihan skuad trek negara di Melbourne, Australia atas alasan mahu  menjimatkan kos.

Kos bagi menampung latihan skuad trek elit negara di Melbourne berjumlah RM 2 juta untuk tempoh setahun dan sebahagian besar perbelanjaan di tanggung Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Skuad trek negara telah pun menjalani latihan di Melbourne sejak 2006, dan telahpun menhadirkan pelbagai kejayaan di arena antarabangsa khususnya.

Selain meraih gangsa di Sukan Olimpik, skuad trek negara menerusi Azizul Hasni Awang melakar sejarah apabila muncul juara dunia acara Keirin di Hong Kong pada April lalu.

Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Ibrahim Mustafa memberikan reaksi yang kurang senang daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Saya dah baca kenyataan PKBM. Saya dah baca kenyataan Azizul…Walaupun kita sudah ada velodrom, bukan hanya soal velodrom sahaja yang mana kita hantar pelumba trek ke Melbourne ada faktor lain, jurulatih (John Beasly) menetap di Melbourne.

“Yang kedua, banyak pertandingan dan latihan di Melbourne yang bertaraf tinggi. Kalau kita terus pindah ke Malaysia tetapi kita masih lagi tidak ada eko sistem pertandingan yang tinggi, ianya akan merugikan pelumba pelumba kita,”kata Khairy.

Perbincangan masih lagi diadakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan jurulatih pembangunan sukan berbasikal, Graham Seers.

Justeru, Khairy menegaskan, tiada sebarang keputusan dibuat dan KBS masih melihat semua kemungkinan yang wujud sebelum melakukan penilaian dan membuat keputusan.

Persoalan yang timbul, mengapa PKBM mahu ‘menyentuh’ program latihan yang sudah pun teratur, kukuh dan telah membuahkan hasil selepas lebih satu dekad dilaksanakan?\

Sedangkan pembangunan lebuhraya yang dikendalikan dibawah PKBM masih tidak teratur, malah belum menampakkan sebarang hasil setakat ini.

Kejayaan pingat emas di Sukan SEA 2015 yang dilakar oleh Mohd Harrif Salleh bukan datang sepenuhnya daripada PKBM, pelumba Terengganu Cycling (TSG) ini berlatih sepenuhnya dibawah pasukan berstatus benua yang berpengkalan di Terengganu.

Azizul Hasni Awang, Fatehah Mustafa antara atlet trek negara yang berada di bawah pemantauan Program Podium yang dimulakan pada 2016 kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Program Podium ialah antara lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestasi Tinggi melibatkan atlet elit normal dan paralimpik.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 70 juta untuk Program Podium yang umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu.

- Advertisement -