Oleh Muhammad Aiman

Pengendali Selangor, P.Maniam mempertahankan keputusan pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan semula khidmat pemain veteran, Amri Yahyah.

Bekas pemain kebangsaan itu adalah pemain kedua ā€˜dibawa pulangā€™ FAS di jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka 15 Mei lalu selepas mereka turut menandatangani khidmat pemain import lincah dari Indonesia, Andik Vermanshah yang sebelum ini tersisih kerana kecederaan.

Begitupun, ianya kehadiran Amri yang lebih menjadi sebutan peminat Red Giants apatah lagi pemain itu pernah dianggap ā€˜pengkhianatā€™ apabila meninggalkan Selangor untuk menyertai Johor Darul Takzim pada 2014 sebelum menyarung jersi Melaka United pula pada musim ini.

Malah pada usia 36 tahun, ramai meragui keupayaan Amri untuk terus menyumbang kudrat di pentas kompetitif namun bagi Maniam, perkara itu tidak seharusnya menjadi satu isu sebaliknya dia hanya mahu melihat kepada pengalaman luas serta mentaliti seorang juara dimiliki pemain itu.

ā€œMemang saya sedar kebimbangan peminat semua mengenai kecergasan Amri, tetapi ia adalah sesuatu yang kami di pihak kejurulatihan boleh uruskan. Ianya bukan satu masalah, dan mungkin ramai tidak tahu pada usianya itu dia adalah salah seorang pemain paling ā€˜fitā€™ dalam liga.

ā€œKita bukan lagi Selangor yang dulu, kita perlukan seorang role model untuk menjadi contoh yang baik kepada pemain-pemain muda meningkat naik di dalam pasukan dan saya percaya Amri adalah pemain paling sesuai, boleh menjadi seorang mentor yang baik buat mereka,ā€ kata Maniam.

Kehadiran semulanya dijangka dapat memperkasakan usaha Selangor yang kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 17 mata ā€“ sepuluh mata di belakang JDT ā€“ untuk terus memberi tentangan sengit memburu kedudukan terbaik selain merampas semula trofi Piala Malaysia.

Untuk rekod, Amri, pemain kelahiran Tanjung Karang pernah menjadi kesayangan peminat di Selangor di mana dia menghabiskan tempoh 13 tahun penuh gemilang bersama pasukan itu.

Dia menyertai pasukan pada usia 20 tahun pada 2001 dan menjulang trofi Liga Perdana (2005), Liga Super dua kali (2009, 2010), Piala Malaysia dua kali (2002, 2005) serta Piala FA tiga kali (2001, 2005, 2009) manakala bersama pasukan kebangsaan, Amri memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Bersama JDT, dia menambah tiga lagi koleksi trofi Liga Super (2014, 2015 dan 2016), Piala FA (2016) dan Piala AFC (2015) namun perpindahan berprofil tingginya ke Melaka awal musim ini adalah satu kegagalan di mana dia tidak begitu menyerlah dan hanya menjaringkan dua gol dalam 10 perlawanan.

- Advertisement -