Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia (PSSI) meletakkan sasaran jangka panjang selepas kembali daripada penggantungan.

Malah, pencapaian di pentas Piala Suzuki AFF tahun lalu apabila muncul naib juara membuktikan sukan bolasepak bakal menjanjikan satu evolusi yang baru.

PSSI juga meletakkan sasaran terhadap skuad bawah 22 tahunnya sebagai salah satu pencabar yang akan memburu pingat emas di Sukan SEA ke 29 yang akan gelanggang pada 14 Ogos.

Tidak dinafikan Thailand bakal dilabel sebagai pasukan pilihan selepas meraih 15 kemenangan sepanjang temasya Sukan SEA atau dahulunya dikenali dengan Sukan SEAP yang bermula pada 1959.

Menerusi kenyataan media, PSSI mengadakan pertemuan dengan Wakil Parlimen Republik Indonesia yang menguruskan perkara berkaitan pelajaran, belia, sukan pelancongan, seni dan kebudayaan.

PSSI memberi laporan tentang perkembangan semasa bolasepak di Indonesia serta kertas kerja PSSI bagi tahun 2017 hingga 2020.

Selain membangunkan skuad bawah 22 tahun, PSSI juga akan memberi tumpuan terhadap pembangunan skuad bawah 15 tahun dimana mereka diberi objektif untuk memenangi Piala AFF di Thailand.

Manakala skuad bawah 18 tahun diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas di kejohanan Piala AFF di Myanmar manakala skuad bawah 19 tahun perlu layak ke saingan Piala AFC 2019.

Dalam ranking dunia, Indonesia menduduki ranking ke 175 dunia daripada 206 negara yang bernaung dibawah badan induk bolasepak dunia, FIFA.

Kenyataan balas daripada Parlimen Indonesia, PSSI diminta untuk mengkaji dan merangka program  dengan lebih terperinci bagi menambah jumlah pemain bolasepak dan pengadil yang bertauliah serta perit kerja bagi pemain import di dalam liga di Indonesia.

- Advertisement -