Oleh Ku Mohd Lufti

Tatkala ramai yang mula menghitung detik untuk menanti bermulanya temasya Sukan SEA ke 29 yang akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur Ogos nanti, ada juga yang memasang impian dan menanti dengan penuh kesabaran untuk melihat rekod rekod baru kejohanan.

Salah seorang yang pernah melakarnama dipentas Asia Tenggara adalah atlet pecut kelahiran Indonesia yang memegang gelaran Raja Pecut Asia Tenggara, Suryo Agung Wibowo.

Atlet kelahiran Indonesia ini melakar kejutan apabila memperbaharui rekod acara 100 Meter lelaki ketika beraksi di Sukan SEA ke 2009.

Catatan 10.17 saat memadamkan rekod lamanya 10.25 saat yang hanya bertahan selama dua tahun ketika beraksi di si Sukan SEA 2007.

Lapan tahun atau tiga edisi Sukan SEA selepas 2009, rekod pelari berusia 33 tahun ini masih belum dicabar oleh mana mana pelari pecut di rantau Asia Tenggara.

Namun, jelas Suryo, 2017 mungkin akan menjanjikan satu kejutan dalam acara 100 meter di mana beliau sendiri menjangkakan rekod yang dipegangnya bakal berakhir.

“Mungkin akan terjadi kerana di Malaysia rekod yang terhasil adalah 10.18 saat manakala atlet dari Filipina difahamkan atlet terpantas melakar masa 10.25 saat.

“Tidak kurang juga atlet dari Indonesia dan Thailand yang melakar masa 10.36 saat, justeru saya merasakan persaingan yang sangat hebat dan ramai malah acara 100 meter lelaki menarik untuk disaksikan,”Kata Suryo.

Sukan olahraga di Sukan SEA ke 29 menawarkan 46 pingat emas keseluruhan dan acara dijadual bermula pada 19 Ogos dan berehat seketika sebelum disambung semula dari 22 hingg 26 Ogos.

- Advertisement -