Tuan rumah bagi Sukan SEA ke 30 pada 2019, Filipina menghantar lebih 600 orang yang terdiri daripada atlet dan pegawai untuk beraksi di temasya dwi tahunan, Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

Menurut laporan media tempatan, Chef de Mission kontinjen Filipina, Cynthia Carrion mengesahkan seramai 542 merupakan atlet manakala 100 terdiri daripada pegawai dan barisan kejurulatihan.

“Kami akan melengkapkan pendaftaran dengan nama (entry by name) pada Khamis ini dimana ia merupakan senarai akhir,”kata Cynthia.

Tambah Cynthia yang juga Presiden Persatuan Gymnastik Filipina, pasukan perubatan juga akan ditempatkan sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung kelak.

Malah, Filipina disasarkan untyuk memperbaiki kedudukan berbanding pencapaian ketika di Sukan SEA ke 28, 2015 di Singapura dimana mereka menamatkan saingan di kedudukan ke 6 keseluruhan daripada 11 negara yang bertanding.

Pada 2015, Filipina meraih 29 pingat emas, 36 pingat perak dan 66 pingat gangsa.

Sandaran diletakkan kepada pasukan bolasepak wanita dimana Persekutuan Bolasepak Filipina (PFF) menarik diri daripada menyertai Kejohanan Bolasepak Wanita di Bangkok, Thailand untuk menyertai Sukan SEA.

Pasukan Bolasepak lelaki juga turut diperkuatkan dengan senarai 20 pemain manakala 12 atlet yang mewakili pasukan bola keranjang masing masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Filipina turut meletakkan sasaran dalam acara olahraga dimana 30 atlet akan beraksi untuk merebut 46 pingat emas yang ditawarkan.

Tumpuan juga diberikan di kolam renang dimana 20 perenang akan turut mengambil bahagian untuk merebut 38 pingat emas bagi acara renang. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -