Saat getir skuad hoki negara reda apabila Razie Rahim memberikan kemenangan pertama Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan awal pagi tadi.

Jaringan terhasil menerusi gerakan pukulan sudut penalti di minit ke 35 perlawanan sudah cukup untuk memastikan tiga mata pertama milik The Speedy Tigers.

Sepanjang 60 minit perlawanan, ketangkasan penjaga gawang utama negara, S Kumar wajar diberi pujian apabila menangkis setiap asakan Korea Selatan termasuk di penghujung perlawanan untuk memastikan Malaysia pulang dengan tiga mata.

“Sudah tentu kami gembira dengan kemenangan ini walaupun ianya bukan permainan terbaik pasukan setakat ini.

“Kerja keras dan keinginan untuk menang menjadi faktor kemenangan ini,”kata Stephen Van Huizen.

Tambah Huizen lagi, tiada apa lagi yang boleh dikatakan kepada penjaga gold an barisan pertahanan negara yang gah mempertahankan kubu mereka.

“S Kumar dan pemain pertahanan penalty corner  melakukan tugas dengan baik dan Razie Rahim menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

“Satu lagi perlawanan untuk kami mengesahkan lot ke suku akhir. Kami perlu menang ke atas China,”katanya lagi

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga manakala China pula di tangga keempat berdasarkan perbezaan jaringan sementara Argentina terus unggul di tangga teratas kumpulan A diikuti England. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -