Impian untuk melihat permulaan yang positif dalam skuad kebangsaan masih belum kesampaian selepas Harimau Malaya tumpas 1-2 di tangan Lubnan malam tadi.

Ramai yang menganggap tugas sulung Nelo Viganda selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya gagal kerana tidal dapat sekurang kurangnya meraih satu mata di Larkin.

Viganda jelas sekali tidak berpuashati dengan keputusan yang terhasil dimana Malaysia pulang dengan tangan kosong.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini, tidak ada sesiapa yang gembira kerana kami melepaskan gol disaat saat akhir.

“Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan cara permainan, sikap melawan dan mencipta peluang untuk nenjaringkan gol,”kata Viganda.

Hanya yang menjadi keresahan buat the Professor adalah tumpuan pemain yang gagal bertahan sehingga tamat perlawanan.

Kesilapan yang dilakukan sehingga melepaskan dua gol di babak kedua perlawanan jelas membuktikan prestasi Harimau Malaya masih ditakut yang lama.

“Saya percaya ini adalah permulaan untuk kami membina pasukan dan mempamer semangat juang yang lebih baik,”katanya lagi.

Sikap alpa terus menjadi pilihan, sekaligus memberi ruang kepada pihak lawan untuk mencuri peluang terhidang.

“Penumpuan tidak diberikan sepenuhnya ketika kami melepas dua gol menerusi set piece pihak lawan.

“Saya tidak mempunyai formula khas tentang masalah ini dan pemain pemain perlu lebih fokus. Kecergasan dan fokus datang secara seiringan.

“Jika pemain pemain kurang stamina, maka fokus mereka juga akan jatuh,”kata Viganda lagi.

Namun The Professor tetap enggan menunding jari kepada mana mana pemain sebaliknya optimis pemain pemain ini akan lebih matang pada September depan.

Malah, kawalan bola masih lagi lemah dan ia memberi peluang mudah kepada pemain lawan untuk merampas bola serta membuka ruang untuk mencipta gol.

Dari satu aspek, Viganda sedikit sebanyak mengubah corak permainan Harimau Malaya yang lebih baik dan ia dibuktikan sepanjang babak pertama perlawanan.

Kekalahan ini bagaimanapun bukan penamat untuk Malaysia kerana aksi seterusnya, skuad the Professor akan menentang Hong Kong pada 5 September di laman sendiri sebelum melengkapkan jadual menentang Korea Utara .

Malaysia menghuni tangga tercorot kumpulan B tanpa sebarang mata manakala ditangga ketiga adalah Hong Kong yang berkongsi satu mata dengan Korea Utara yang berada di kedudukan kedua.

Peluang kira kira dua bulan sebelum perlawanan seterusnya perlu dimanfaatkan Viganda untuk menilai pemain pemain yang telah dipanggil untuk melihat prestasi semasa sepanjang saingan Liga Malaysia berlangsung kelak.

Beliau juga memkalumkan akan mengatur perancangan sebelum perlawanan menentang Hong Kong termasuk aksi persahabatan dengan pasukan yang mempunyai corak permainan hampir sama dengan Hong Kong.

Dalam persiapan sebelum perlawanan kedua, tempoh sepanjang Julai dan Ogos menjadi platform terbaik buat pengendali kelahiran Portugal ini untuk melihat bakat bakat baru di dalam skuad Sukan SEA yang akan bersaing pada Ogos untuk melakukan rombakan bagi mencari gandingan yang terbaik untuk berdepan Hong Kong. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -