Empat rekod kebangsaan lebur di Lapang Sasar Subang

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/07/empat-rekod-kebangsaan-lebur-di-lapang-sasar-subang/">
Twitter
Pinterest

Penembak kebangsaan, Shahera Rahim Raja yang mewakili Selangor, membidik 246.8 mata untuk memenangi pingat emas 10m riffle udara sekaligus memadam rekod kebangsaan 246.3 mata milik penembak Pahang, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim. Kredit Foto – Thestar.com.my

Empat rekod kebangsaan dipecahkan pada hari terakhir Kejohanan Menembak Kebangsaan yang berlangsung dari 12-16 Julai di Lapang Sasar Subang.

Penembak kebangsaan, Shahera Rahim Raja yang mewakili Selangor, membidik 246.8 mata untuk memenangi pingat emas 10m riffle udara sekaligus memadam rekod kebangsaan 246.3 mata milik penembak Pahang, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang dilakukannya di Kejohanan Menembak Trofi Tun Haniff awal tahun ini.

Final acara skeet pula menyaksikan kemenangan buat penembak Selangor, Joseph Lee dengan 52 mata, memadam rekod terdahulu 44 mata dipegang oleh Omar Risman dari Selangor yang melakukannya di Terbuka Selangor awal tahun ini.

 

Sebelum itu, Joseph turut memecahkan rekod kebangsaan bagi pusingan kelayakan acara skeet apabila dia membidik 118 mata untuk mendominasi pusingan awal. Rekod terdahulu dipegang oleh Ricky Teh (110 mata) juga dicatat di Terbuka Selangor pada tahun lalu.

Penembak muda, Nur Izzazi Rosli turut memahat nama apabila memperbaharui rekod kebangsaan remaja miliknya sendiri bagi pusingan kelayakan apabila membidik 418.1 mata untuk mengungguli pusingan awal yang berlangsung pada pagi.

Rekod Nur Izzazi sebelum ini adalah 413.6 mata yang dicatatnya pada 2015.

Eddy Chew.

Dalam pada itu, penembak Johor, Eddy Chew yang memperbaharui rekod kebangsaan dalam laluan untuk memenangi acara 10m pistol udara pada Sabtu, hari ini memenangi pingat emas acara 50m pistol bebas. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0