PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin memilih untuk meletakkan sasaran ‘selamat’ buat skuad futsal wanita negara agar dapat membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa dari Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tetapi kapten pasukan, Farahiyah Mohd Ridzuan mempunyai sasaran lebih tinggi.

Pemain berpengalaman berusia 24 tahun itu berpendapat mengenggam pingat gangsa semata-mata tidak memadai, kerana ia telah dicapai pada temasya di Myanmar 2013.

“Kali ini saya lihat peluang kita lebih baik bukan sahaja kerana kita bermain di tempat sendiri, tetapi kerana kita dibarisi ramai pemain muda yang bersemangat juang tinggi. Saya percaya dengan kebolehan rakan sepasukan yang sentiasa memberi komitmen terbaik.

“Kita mempunyai skuad yang lebih seimbang berbanding 2013, keserasian antara pemain juga semakin baik. Saya fikir tidak mustahil kita boleh berikan tentangan sengit kepada dua pasukan pilihan Thailand dan Vietnam untuk memburu emas,” kata Farahiyah penuh yakin.

Pemain bertubuh kecil dari Kelantan yang menyarung jersi pasukan kebangsaan sejak berusia 14 tahun itu merupakan pemain dalam skuad yang memenangi gangsa di Sukan SEA 2013 setelah menduduki tempat ketiga pusingan round-robin dengan lima mata.

Thailand mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada 2007 dan 2011 buat kali ketiga berturut-turut setelah menewaskan Vietnam dengan keputusan 5-0 di perlawanan akhir. Futsal tidak dipertandingkan pada edisi Laos 2009 dan Singapura 2015.   

Untuk edisi KL2017, saingan sekali lagi membabitkan lima pasukan yang sama berentap empat tahun lalu iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Malaysia akan membuka tirai saingan menentang Myanmar pada 18 Ogos diikuti Indonesia (20 Ogos), Vietnam (22 Ogos) dan Thailand (27 Ogos). Dua pasukan teratas peringkat kumpulan akan mara ke final untuk menentukan pemenang emas.

Sementara itu, jurulatih skuad futsal wanita, Muizzudin Harris berkata prestasi semasa pemainnya berada dalam tahap terbaik setelah mengharungi beberapa aksi persahabatan pada Jun dan Julai.

Ini termasuk dua perlawanan menentang Hong Kong – skuad negara menang kedua-dua perlawanan dengan keputusan 5-3 dan 2-1 manakala dua lagi perlawanan menentang Taiwan berkesudahan dengan seri 3-3 dan tewas 3-6.  

Pemain kini menjalani latihan fasa akhir di Kompleks Sukan Panasonic dengan penekanan tertumpu kepada aspek ketahanan fizikal dengan Muizzudin memaklumkan masih ada beberapa perlawanan persahabatan telah diatur sebelum senarai akhir 14 pemain diputuskan pada minggu kedua Ogos.

 

“We can tilt the balance for gold”- Farah

Farahiyah Mohd Ridzuan, the captain of the Malaysian women’s Futsal team, believes that a gold medal is within the team’s reach even though the FA of Malaysia (FAM) has set a target of just winning a bronze at the SEA Games next month.

Futsal – either men or women – had always been dominated by Thailand who had hovered over the biennial championship for the last several years.

But with the return of Futsal to the SEA Games after it was given a miss in 2015, it has given renewed confidence at least in the women’s team that they might just upset the balance this time round.

The 24-year-old pivot who had also won the Top Scorer Award at the AFC Women’s Futsal Championship three years, remained sanguine that they might just upset the stranglehold of the Thais.

Thailand had made a clean sweep in the three editions that women’s Futsal had been held where they won the title in 2007 (Nakhon Ratchasima), 2011 (Jakarta) and 2013 (Nayptitaw).

“I think that our chance this time round is much better as other than the fact that we will be playing at home, we also have some quality players who are younger and much hungrier to win,” said Farah, whose team won the bronze in Naypyitaw in 2013.

“Now we have a balanced squad as compared to 2013. The understanding between players and also combination play is much better and I totally believe that we can give a good fight to both Thailand and Vietnam for the gold medal.”

For KL 2017, women’s Futsal will see the participation of five teams where other than Malaysia, Thailand and Vietnam, there will also be Indonesia and Myanmar.

They will compete in a round robin format before moving on to the classification matches with the top two teams vying for the gold medal.

Malaysia will open their campaign against Myanmar on 18 August to be followed by Indonesia (20 August), Vietnam (22 August) and then Thailand (27 August).

- Advertisement -