Jawairiah Noordin (born 8 October 1990 in Penang) is a Malaysian tennis player. On 16 November 2009, Noordin reached her best singles ranking of world number 931.
Tunjang utama wanita skuad tenis negara bersemangat untuk kembali beraksi selepas lima minggu berehat akibat kecederaan bagi merealisasikan sasaran yang diletakkan skuad tenis negara. 
Walaupun sedar terdapat beberapa buah negara yang mempunyai pemain handalan terutamanya dari negara Thailand, Indonesia dan Filipina, Jawariah Noordin berjanji akan melakukan yang terbaik di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos depan. 
“Untuk sukan SEA nanti, saya akan melakukan yang terbaik kerana saya dan Theiviya (S. Theiviya Selvarajoo) bukan saja bawa harapan kami sendiri, bahkan kami juga bawa harapan untuk tenis Malaysia juga.
“Bagi saya, kalau kami dapat ke peringkat final dan memenangi apa-apa warna medal, saya amat bersyukur, tetapi kalau dapat pingat emas itu adalah satu bonus untuk saya dan juga negara terutamanya,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Terbuka KL 2017 di Kompleks Tenis, Jalan Duta, hari ini (29 Julai).
Menjelas lanjut, pemain tenis berusia 27 tahun itu berkata beliau sudah mulai rasa tertekan sedikit ekoran daripada harapan yang perlu digalas mewakili negara ketika ini.
“Berbaki lagi 21 hari sahaja lagi sebelum sukan SEA berlangsung, sudah tentu saya sudah mula rasa tertekan sedikit kerana saya baru sahaja kembali beraksi selapas lima minggu berehat.
“Namun saya akan sedaya upaya melakukan terbaik, dan saya akan gunakan peluang di Kejohanan Terbuka KL 2017 ini sebagai medan untuk saya menguatkan stamina saya kembali,” katanya lagi.
Bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga berkata dengan kelebihan bermain di halaman sendiri sedikit sebanyak memberi suntikan tambahan untuk mencapai sasaran yang diletakkan skuad tenis negara. 
Untuk rekod, Jawariah pernah memahat sejarah baharu tenis Malaysia di Sukan Univeristi ASEAN (AUG) apabila merangkul pingat emas pertama negara dalam acara individu wanita pada tahun 2014.
Sebelum ini, Malaysia tidak pernah merangkul emas acara berkenaan sejak AUG diperkenalkan buat kali pertama pada 1981, dan kejayaan Jawariah menamatkan penantian 33 tahun kontinjen negara. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI
- Advertisement -