Pelari Negeri Sembilan, Royson Vincent sekadar berpuas hati menamatkan larian 800 meter di kedudukan kedua bagi meraih pingat perak dalam acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini (17 Julai).

Bermula di lorong pertama, Royson menghabiskan pusingan itu dengan catatan masa 1 minit 51.24 saat ketinggalan 0.20 saat di belakang Marco Vilog pelari dari Filipina.

Ketika di garisan akhir larian 800 meter, Royson kelihatan berusaha kuat untuk menyangi Marco namun nasib lebih menyebelahi pelari dari Filipina itu.

Dalam satu lagi perlumbaan utama pada hari ini (17 Julai), acara 5,000 meter wanita, Sanggeetha Subramaniam pelari dari Kuala Lumpur merangkul emas dengan catatan masa 20 minit 47.11 saat.

Di kedudukan kedua, pelari dari Perak kelihatan agak santai dengan menamatkan larian beliau ketinggalan 4 minit dari Sanggeetha iaitu dengan catatan masa 24 minit 11.05 saat.

Tiada penama bagi pingat gangsa ekoran pelari dari Selangor, Kirthana Loganathan tidak dapat menghabiskan larian beliau pada minit ke 10.

Namun begitu, pemegang rekod 5,000 meter, pelari Yuan Yu Fang tidak menyertai perlumbaan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Untuk rekod, kemunculan semula jaguh jalan kaki negara, Yuan Yu Fang di pentas Sukan SEA selepas kali terakhir beraksi pada temasya sama di Vientiane, Laos lapan tahun lalu mampu menambah bilangan pingat emas bagi acara olahraga Ogos nanti. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI

- Advertisement -