Sukan SEA : MALAYSIA ‘SELESA’ seketika

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/07/sukan-sea-malaysia-selesa-seketika">
Twitter
Pinterest

Undian acara bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung hari ini (8 Julai) menyaksikan kesemua pasukan pilihan mempunyai peluang seimbang untuk melangkah ke separuh akhir.

Juara bertahan, Thailand yang memburu kejuaraan ke-16 di pentas temasya dwitahunan itu diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang pingat gangsa, Vietnam serta Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Ketika di edisi Singapura 2015 , Thailand yang ketika itu dibimbing Choketawee Promrut muncul juara dengan menewaskan Myanmar 3-0 dalam perlawanan akhir.

Tuan rumah, Malaysia pula boleh menjangkakan cabaran sengit setelah diundi bersama finalis 2015, Myanmar serta Singapura, Laos dan Brunei di dalam Kumpulan A.

Jurulatih skuad B-22, Dato’ Ong Kim Swee yang ditemui setelah tamat undian berkata tiada pasukan yang boleh dianggap sebagai lawan mudah.

“Kita perlu berada di tahap terbaik bagi menamatkan cabaran kumpulan di kedudukan terbaik. Walaupun di atas kertas, semua kata tentangan akan hadir menerusi Singapura dan Myanmar tetapi Laos dan Brunei mungkin boleh mencipta kejutan.

Datuk Ong Kim Swee sewaktu hadir ke Majlis Undian Rasmi Sukan SEA Ke-29 2017 yang telah berlansung di ibu negara.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku kerana semua pasukan sedang buat persiapan terbaik jadi saya berpendapat kita perlu terlebih dahulu layak ke peringkat separuh akhir sebelum memikirkan tentang peluang memenangi pingat,” kata Kim Swee.

Untuk rekod, Malaysia yang kali terakhir memenangi emas pada 2011 (juga di bawah bimbingan Kim Swee), kandas di peringkat separuh akhir pada edisi Myanmar 2013 dan dua tahun lalu, gagal melepasi peringkat kumpulan.

Acara bolasepak di KL 2017 akan berlangsung dari 14 – 29 Julai membabitkan dua venue, Stadium Shah Alam dan Stadium Selayang. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

 

KUMPULAN A
MALAYSIA
MYANMAR
SINGAPURA
LAOS
BRUNEI

KUMPULAN B
THAILAND
VIETNAM
INDONESIA
KEMBOJA
TIMOR LESTE
FILIPINA

Please follow and like us:
0