UNTUK beberapa hari mendatang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal sibuk dan menjadi tumpuan dengan kontinjen dari 11 negara sudah mula tiba sejak Khamis (10 Ogos 2017).

Kelancaran urusan menyambut delegasi di Lapangan Terbang seperti KLIA amat penting kerana ia merupakan pintu masuk pertama kontijen sebelum berdepan saingan dalam acara masing-masing.

Bagi Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), persiapan rapi telah dilakukan untuk memastikan segala urusan perjalanan dan pengambilan bagasi lancar. Dianggarkan lebih 10,000 atlet, delegasi, pegawai dan tetamu bakal membanjiri KLIA.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya sudah melakukan persediaan rapi untuk menjadikan segala urusan delegasi lancar dan sempurna,” kata beliau pada sidang media di Pejabat Korporat MAHB, pada Jumaat (11 Ogos 2017).

Malaysia Airports, yang mengendalikan lima pintu masuk antarabangsa di Malaysia, 16 lapangan terbang domestik serta 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek, merupakan  penaja Emas KL2017 sebagai Penaja Kategori  Emas dan dikenali sebagai `Rakan Penyambut Delegasi KL 2017′.

Malaysia Airports merupakan Datuk Badlisham berkata, MAHB turut berkerjasama dengan penganjur utama KL2017, MASOC, Jabatan Imigresen Malaysia dan beberapa organisasi lain bagi memudahkan urusan masuk dan keluar kontinjen Sukan SEA dan Para Asean (KL2017).

“Dengan kerjasama Jabatan Imigresen, kita akan sediakan lorong khas di KLIA bagi memudahkan segala urusan masuk dan keluar kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN,” katanya lagi.

MAHB meletakkan kira-kira 200 “Duta Penyambut” dari kalangan kakitangan syarikat berkenaan selain 180 sukarelawan WAU Factor di lapangan terbang berkenaan.

- Advertisement -