Datuk Marina tidak mahu status ‘lubuk emas’ jadi keutamaan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/08/datuk-marina-tidak-mahu-status-lubuk-emas-jadi-keutamaan">
Twitter
Pinterest

Chef de Mission Malaysia ke Sukan SEA ke 29, Datuk Marina Chin enggan meletakkan status lubuk emas buat kontinjen negara dalam 38 jenis sukan yang dipertandingkan sebagai perkara keutamaan.

Selain acara terjun, Malaysia dilihat berpotensi untuk meraih emas secara maksimum dalam beberapa acara antaranya berbasikal trek, silat, skuasy, badminton dan hoki.

Datuk Marina berpendapat, ia mungkin mengganggu persiapan atlet tatkala temasya berbaki kurang dua minggu dariu sekarang.

“Saya yakin ia akan memberi tekanan lebih kepada mereka dan saya rasa itu adalah satu perkara yang tidak adil kerana mereka telah berlatih keras,” kata Marina selepas melawat persiapan atlet berbasikal trek di Velodrom Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau juga mengharapkan skuad trek negara mampu mencapai kejayaan bagi di Sukan SEA ke 29 yang dijadual bermula secara rasmi pada 19 Ogos depan.

Malaysia meletakkan sasaran untuk menjadi juara keseluruhan di temasya dwi tahunan sekaligus mengulangi pencapaian pada 2001.

Dalam pada itu, pelumba yang beraksi dalam acara trek, Grace Phang  pula berpendapat status lubuk emas khususnya dalam acara trek tidak menjadi bebanan kepada atlet berdasarkan prestasi semasa  mereka.

Malaysia merupakan dominasi utama bagi sukan berbasikal trek di rantau Asia Tenggara ditambah dengan penyertaan jaguh keirin dunia, Azizul Hasni Awang dan Fateha Mustafa.

 “Kami sendiri inginkan emas untuk diri sendiri, keluarga dan Malaysia jadi ini bukan bebanan,” kata Grace Phang yang beraksi dalam acara omnium.

Gelanggang di Velodrom Kebangsaan, Nilai akan membuka tirainya bermula 27 Ogos, menawarkan 13 pingat emas bagi acara trek manakala dua pingat emas bagi acara BMX.

Oleh RABIHAH AHMAD RUZIHAN             

Please follow and like us:
0