Malaysia ?meraih pingat emas ke-100 Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 pada Isnin (28 Ogos) selepas kejayaan gimnas negara Amy Kwan Dict  Weng yang merangkul emas ?dalam acara ribbon apparatus yang berlangsung di MITEC. 

Amy ?mengumpul 15.75 ?mata untuk mengatasi rakan sepasukan Koi Sie Yan yang menang pingat perak dengan 14.7 mata manakala gimnas Thailand Panjarat Prawatyotin berpuashati dengan gangsa setelah mengumpul 13.7 mata. 

?Sebelum ini, Malaysia meraih penghormatan sebagai pemenang pingat pertama temasya menerusi kemenangan skuad Chinlone (linking lelaki) pada 16 Ogos di Stadium Tertutup Titiwangsa. 

?Malaysia ?menetapkan sasaran meraih 111 emas bagi merealisasikan misi muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Sebanyak 25 emas dipertandingkan pada hari kesembilan (Isnin 28 Ogos) manakala esok (29 Ogos) jumlah terbesar 60 pingat emas akan menjadi rebutan sebelum hari terakhir (30 Ogos) dengan 7 emas. 

- Advertisement -