Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan bahawa tiada tindakan tatatertib dikenakan ke atas pemain beregu campuran, Goh Soon Huat yang didapati bersalah dan melanggar perintah berkurung di Kem Perhimpunan Atlet baru baru ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, beliau telah mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

Justeru, isu melibatkan bekas pemain perseorangan itu tidak perlu diperbesarkan agar Soon Huat boleh terus fokus terhadap persiapan Sukan SEA.

“Setelah mendapat maklum balas daripada pengurus pasukan (Mat Rashid Jahlil), kami berpuas hati dengan penjelasan dan membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Soon Huat, tetapi kami memberi amaran keras kepadanya bahawa setiap peraturan perlu dipatuhi,” kata Norza.

Datuk Seri Norza bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Latihan dan Kejurulatihan kedua BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABN) di Bukit Kiara.

Minggu lalu, Soon Huat didapati berada di lobi sebuah hotel di ibu negara selepas jam 11.30 malam sekaligus melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Hotel tersebut akan menjadi penginapan rasmi bagi kontinjen Malaysia sepanjang  temasya Sukan SEA ke 29 nanti.

Hotel Renaissance selepas jam 11.30 malam sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan oleh sekretariat di mana telah menimbulkan isu dalam kalangan kontinjen negara.

Dalam perkembangan berasingan, Datuk Seri Mohamad Norza jelas gembira dengan kejayaan yang diraih oleh pasangan bergu wanita negara, Vivian Hoo Kh Mun -Woon Khe Wei yang telah menunjukkan aksi  cemerlang dengan meraih kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka New Zealand minggu lalu.

Vivian dan Khe Wei mengesahkan kejuaraan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan pilihan keempat dari Jepun, Ayako Sakuramoto dan Yikiko Takahata dipentas final, 18-21, 21-16, 21-19.

Malah, Norza turut berpendapat gandingan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pasangan bergu cemerlang kerana Berjaya melayakkan diri ke pentas final dalam kategori beregu lelaki.

Saingan Sukan SEA ke 29, BAM meletakkan sasaran awal dengan merangkul dua pingat emas, dua  pingat perak dan empat pingat gangsa.  Oleh FATIN FATIHAH ANAN

 

- Advertisement -