SEMPENA upacara pembukaan rasmi Kuala Lumpur 2017 yang akan diadakan pada 19 Ogos 2017 nanti, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menyarankan orang ramai yang akan hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk ke kawasan tersebut.

Saranan tersebut dibuat dengan mengambil kira beberapa penutupan jalan sama ada secara separa atau sepenuhnya yang akan dilaksanakan ketika majlis pembukaan tersebut nanti serta peningkatan kadar trafik di kawasan yang terlibat yang akan menambah kepada kesesakan untuk ke lokasi.

Justeru itu, beberapa langkah alternatif telah diambil bagi membantu orang ramai dan para penonton serta memastikan kelancaran trafik dan pergerakan orang ramai di kawasan sekitar iaitu seperti di bawah: 

Lanjutan waktu operasi pengangkutan awam

  • Waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 1 pagi.
  • Pengguna yang mengambil LRT di stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain termasuk LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel.
  • Perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan waktu dengan butiran sepenuhnya yang akan diumumkan tidak lama lagi.

 Perkhidmatan bas

  • RapidKL akan menyediakan bas khas dengan kekerapan 10-15 minit daripada tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Bas-bas ini akan memaparkan “KL SEA Games 2017” di papan destinasi elektronik untuk kemudahan rujukan. Berikut adalah maklumat mengenai perkhidmatan bas tersebut:

Perkhidmatan percuma kepada sukarelawan dan rakan media

  • Perkhidmatan percuma akan diberikan kepada semua 13,000 sukarelawan dan 2,500 rakan media yang mempunyai akreditasi untuk menggunakan perkhidmatan Prasarana iaitu termasuklah LRT, Monorel, BRT, MRT, RapidKL dan Bas Pengantara MRT daripada 14 sehingga 31 Ogos 2017 bagi Sukan SEA dan 16 sehingga 24 September bagi Sukan Para ASEAN.

Diskaun untuk penggunaan perkhidmatan awam Rapid Rail

  • Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam Rapid Rail untuk ke destinasi Sukan SEA layak menerima diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Ogos 2017.

Tempat letak kenderaan di semua rangkaian perkhidmatan rel

  • Sebanyak lebih kurang 18,000 tempat letak kenderaan tersedia di rangkaian perkhidmatan rel di sepanjang laluan ke Bukit Jalil untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing.
  • Bagi yang mahu memandu kenderaan sendiri, MASOC mengingatkan para penonton untuk menjangkakan kelewatan dalam perjalanan. Justeru itu, MASOC turut menyarankan agar para penonton tiba awal di Stadium Nasional Bukit Jalil agar kesesakan di waktu puncak dapat dikurangkan.
  • Orang ramai juga diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kenderaan mereka ditunda.

MASOC berharap dengan pengumuman ini, orang ramai dapat merancang perjalanan masing-masing khususnya untuk ke upacara pembukaan nanti.

 

Maklumat terkini akan terus dikemaskini di laman media sosial KL2017 di:

Laman sesawang: www.kualalumpur2017.com.my

Facebook: Kuala Lumpur 2017 

Twitter: @KL2017 

Instagram: kualalumpur2017 

YouTube: Kuala Lumpur 2017

OPENING CEREMONY OF KUALA LUMPUR 2017: PUBLIC TRANSPORT THE BEST WAY TO GET TO BUKIT JALIL NATIONAL STADIUM

In conjunction with the opening ceremony of Kuala Lumpur 2017 which will be held on 19 August 2017, the Malaysia Organising Committee (MASOC) encourages members of the public who wish to attend the ceremony at the Bukit Jalil National Stadium, to use public transport to avoid delays.

This recommendation is made due to the number of partial and total road closures which will be carried out for the opening ceremony, as well as the expected increase in traffic heading to and from the location.

Therefore, several measures have been taken to facilitate the public as well as spectators to ensure the smooth flow of traffic and movement within the surrounding areas:

Extension of public transport operation

  • The operating hours of LRT Sri Petaling Line at Bukit Jalil station will be extended to 1 a.m.
  • LRT commuters at the Bukit Jalil station may switch to all other Rapid Rail services including LRT Ampang Line, LRT Kelana Jaya Line, MRT Sungai Buloh-Kajang and Monorail.
  • The KTM Commuter service will also be extended, details of which will be announced shortly.

Bus services

  • RapidKL will provide special buses plying the routes every 10-15 minutes from seven locations to and from the Bukit Jalil National Stadium. These buses will
    display “KL SEA Games 2017” on the electronic destination boards for easy
    reference. Details of the services are as follows:

Free rides for volunteers and media

  • Free rides will be given to all 13,000 volunteers and 2,500 media members with
    accreditations to enjoy Prasarana services including LRT, Monorail, BRT, MRT, RapidKL
    and MRT Feeder Bus from 14 to 31 August 2017 for SEA Games and 16 to 24
    September for ASEAN Para Games.

Discount for Rapid Rail services

  • Members of the public wishing to attend the SEA Games will enjoy a 50% discount until
    31 August 2017 on all Rapid Rail services.

Public parking spaces at all rail network

  • There are a total of 18,000 parking bays available at various rail stations leading to the
    Bukit Jalil station for the public to park cars.
  • For those who wish to drive, we would like to remind everyone to expect traffic
    delays. As such, MASOC urges spectators to arrive early at the Bukit Jalil National
    Stadium to avoid traffic congestion during peak hours.

We hope with the announcement, members of the public will be able to plan their journeys, especially to the opening ceremony.

Latest updates will be available at KL2017 social media accounts at:

Website: www.kualalumpur2017.com.my

Facebook: Kuala Lumpur 2017

Twitter: @KL2017

Instagram: kualalumpur2017

YouTube: Kuala Lumpur 2017

- Advertisement -