Menteri Belia dan Sukan,YB Brig Jen Khairy Jamaluddin ‘tidak berpuas hati’ dengan persembahan aksi pembukaan kumpulan A diantara Malaysia dengan Brunei di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bagi Khairy, keputusan yang terhasil sepatutnya lebih daripada dua jaringan kerana Malaysia dihidangkan dengan banyak peluang keemasan untuk mencetak gol.

“Apa yang dilihat melalui perlawanan malam ini (semalam),  kita mempunyai potensi untuk pergi jauh cuma beberapa kelemahan kecil harus diperbaiki untuk perlawanan akan datang.

“Kita dapat lihat malam ini (semalam) mereka menpunyai banyak peluang namun tindakan penyudah agak tumpul, bukan hendak menekan butang panik cuma mereka harus belajar dari perlawanan malam ini dan perbaiki kekurangan itu,”Kata Khairy.

Khairy hadir di Stadium Shah Alam untuk menyaksian perlawanan pembukaan diantara Malaysia menentang Brunei yang menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menang 2-1.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah selepas perlawanan antara Malaysia menentang Brunei di Stadium Shah Alam semalam yang menyaksikan skuad negara mencatatkan kemenangan tipis 2-1.

Dalam pada itu, Khairy juga berharap semua pemain dan kakitangan mendapat rehat yang cukup bagi menghadapi Singapura Rabu ini. OLEH SYAZWAN AMIRUL SHAZWANI 

- Advertisement -