29th SEA Games KL2017 Memanah Archery - Malaysia - Khairul Anuar Mohamed & Nur Aliya Ghapar
Khairul Anuar Mohamed(kiri) berpasangan bersama Nur Aliya Ghapar meraih pingat perak dalam acara recurve berpasukan campuran.

HASRAT skuad memanah negara mengakhiri kempen Sukan SEA dengan bergaya gagal menjadi kenyataan apabia Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar sekadar meraih pingat perak pada acara terakhir recurve campuran berpasukan di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Selasa (22 Ogos).

Pasangan Malaysia itu tewas 3-5 di tangan juara bertahan Indonesia, Diananda Choirunisa dan Riau Ega Agata Salsabila dalam stu perlawanan sengit. Vietnam meraih gangsa menerusi Chu Duc Anh dan Thi Phuong Nguyen yang mengalahkan Filipina 6-2.

Terdahulu, dalam perlawanan separuh akhir Malaysia menewaskan Filipina 5-4.

Skuad memanah negara, yang telah melepasi sasaran empat pingat emas, menamatkan saingan dengan lima pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa, yang dianggap satu kejayaan.

“Sejak akhir-akhir ini saya tidak berapa sihat. Saya demam sejak minggu lepas dan ini telah menganggu konsentrasi saya hari ini,” kata Khairul.

29th SEA Games KL2017 Memanah Archery - Malaysia - Khairul Anuar Mohamed
Khairul Anuar Mohamed(gambar) berpasangan bersama Nur Aliya Ghapar meraih pingat perak dalam acara recurve berpasukan campuran.

“Sasaran saya ialah emas tetapi tetap gembira dengan prestasi saya pada Sukan SEA kali ini. Saya menyertai tiga acara akhir,” katanya.

Riau Ega pula berkata keadaan di tempat pertandingan agak berangin dan menghadapi kesukaran untuk memanah tepat. “Bagaimanapun, kita bernasib baik kerana lawan kita juga menghadapi masalah yang sama,” katanya

29th SEA Games KL2017 Memanah Archery - Indonesia - Diananda Choirunisa-Riau Ega Agata Salsabilla
Diananda Choirunisa(kanan) berpasangan bersama Riau Ega Agatha Salsabila dari Indonesia dalam acara recurve berpasukan campuran.

 

- Advertisement -