Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menjanjikan upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi yang terhebat pernah disaksikan dalam sejarah penganjuran temasya dwitahunan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datoā€™ Sri Zolkples Embong secara dasarnya semua berada dalam keadaan bersedia bagi menjayakan upacara perasmian penuh gilang gemilang dengan persiapan fasa akhir sedang rancak dilakukan tatkala tinggal hanya dua minggu sahaja lagi untuk temasya itu berlangsung.

ā€œSegala kemudahan telah dibawa masuk dan dari segi penyediaan tempat duduk semuanya lancar. Untuk persembahan banyak latihan telah diadakan melibatkan peserta yang ramai. Dalam tempoh dua minggu ini, pihak jawatankuasa akan meneliti secara terperinci bagi memastikan tiadaĀ  kekurangan. 19 Ogos nanti, kita akan saksikan satu majlis perasmian yang tidak pernah dilihat sebelum ini,ā€ kata Datoā€™ Sri Zolkples.

Beliau ditemui pemberita di Putrajaya ketika hadir mewakili MASOC menerima penajaan dari syarikat eletronik terkemuka, Sony Malaysia Sdn Bhd yang menyertai KL2017 sebagai Penaja Emas dan akan menjadi ā€˜kamera rasmi KL2017ā€™. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datoā€™ M.Saravanan.

Datoā€™ Sri Zolkples turut memaklumkan setakat ini lebih 70 peratus tiket untuk menyaksikan upacara pembukaan itu sudah terjual dan berkeyakinan tinggi dapat menarik lebih ramai lagi untuk memenuhi Stadium Nasional yang boleh menempatkan lebih dari 80,000 penonton itu.

ā€œSaya nasihatkan kepada semua beli tiket awal, jangan tunggu minit akhir. Seperti kita tahu mungkin ada usaha menjual tiket di pasaran gelap dengan harga lebih tinggi. Jadi, elakkan. Sekarang mudah nak membeli secara online jadi sepatutnya tiada isu,ā€ katanya.

Mengenai tiket acara bolasepak, Datoā€™ Sri Zolkples memaklumkan bahawa sambutan adalah cukup menggalakkan terutama bagi perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan negara serta beberapa perlawanan tumpuan lain.

Malaysia B-22 kendalian Datoā€™ Ong Kim Swee akan beraksi kesemua aksi peringkat kumpulan menentang Brunei, Singapura, Myanmar dan Laos di Stadium Shah Alam dan Zolkples berkata mereka akan beraksi di Stadium Nasional sekiranya layak ke perlawanan akhir.

Sementara itu, Datoā€™ M. Saravanan menasihatkan orang ramai yang hadir menyaksikan upacara perasmian serta pertandingan-pertandingan berlangsung di sekitar Bandar Sukan Bukit Jalil agar menggunakan pengangkutan awam.

ā€œDi antara laluan LRT disediakan 18,000 tempat letak kereta maka sesiapa ke Bukit Jalil hanya naik tren sahaja. Atau boleh letak kereta di Kelab Lumba Kuda di sana ada 3,000 tempat letak kereta dan perkhidmatan shuttle disediakan. Pihak penganjur dan PDRM tidak akan benarkan mana-mana kenderaan tanpa pelekar masuk ke kawasan Stadium Nasional,ā€ ujarnya. – OLEH MUHAMMAD AIMANDO

- Advertisement -