DEMAM KL2017 semakin membahang dengan peminat dan orang ramai mula mengatur masa dan jadual untuk menyaksikan pelbagai acara di venue termasuk acara kemuncak Pembukaan Rasmi yang dijadualkan di Stadium Nasional pada 19 Ogos ini. 

Untuk itu, aspek keselamatan paling mendapat perhatian, khususnya dari Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang mengatakan anggota polis yang cukup akan ditugaskan di sekitar Bukit Jalil khususnya untuk mengawal aliran trafik.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan turut bergabung dengan PDRM memastikan kententeraman dan keselamatan awam pada upacara pembukaan nanti.  

“Pihak polis akan bertugas bukan sahaja di sekitar Bukit Jalil tetapi juga di seluruh bandaraya Kuala Lumpur menjelang dan pada hari pembukaan rasmi nanti.

Seramai kira-kira 8,000 anggota polis akan ditugaskan sepanjang temasya termasuk menjaga keselamatan orang ramai dan penonton serta memastikan kelancaran aliran trafik. Kawasan tumpuan termasuk di Stadium Bukit jalil, KLCC dan juga Nilai.

Daripada operasi “pembersihan” hinggalah kepada latihan anti-pengganas, pihak PDRM dan ATM siap sedia menghadapi apa juga kemungkinan sepanjang temasya nanti.

KL2017: EXTENSIVE SECURITY MEASURES DURING OPENING CEREMONY

SECURITY for the Kuala Lumpur 2017 SEA Games has been heightened with an estimated 8,000 personnel to be deployed during the opening of the biennial Games on August 19 at National Stadium in Bukit Jalil.

Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin said members of the police force and army will join forces in ensuring security at the Games.

“There are enough police personnel to monitor the traffic as well as security situation at all venues, including during the Games opening ceremony at Bukit Jalil,” said YB Brig Gen Khairy.

He added that the army has also been roped in to ensure tight security at all competition venues such as KLCC, Bukit Jalil, Nilai and MITEC.

“The police will be on a 24-hour watch in the city. To fans and spectators, please use the public transport to go to the respective competition venues.

“There are designated LRT and MRT stations along the Bukit Jalil Sports Complex route. It will be better and easier to commute on the LRT and MRT instead of driving there and parking bays are limited,” added YB Brig Gen Khairy.

- Advertisement -