Malaysia waspada ‘ancaman’ Thailand

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/08/sukan-sea-ke-29-malaysia-waspada-ancaman-thailand/">
Twitter
Pinterest

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun baru sahaja pulih dari kecederaan, Kapten skuad bola keranjang wanita, Nur Izzati Yaakob anggap pengalaman itu tidak mematahkan semangat beliau untuk mengulangi kejayaan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Walaupun beliau sedar laluan untuk mengekalkan kejuaraan tidak mudah, namun beliau menegaskan pasukan bola keranjang wanita mampu menyumbang pingat emas dalam misi mencapai sasaran 111 pingat emas buat kontinjen Malaysia.

“Selepas meraih pingat emas dalam penyertaan terakhir di Singapura dua tahun lepas, saya ya­kin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan kali ini dapat mereliasasikan impian yang kami galas,” katanya ketika ditemui di Majlis penyerahan jalur gemilang dan pengumuman senarai pasukan bola keranjang kebangsaan yang akan menggalas tugas di Sukan SEA ke 29.

Izzati yang diberi peranan untuk mengemudi pasukan buat kali kedua berkata, pasukannya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak sabar menunjukkan kemampuan mereka beraksi di laman sendiri.

“Pada saya, pasukan kami tiada masalah untuk penyesuaian sesama sendiri sepanjang latihan dan kejohanan yang kami sertai sebelum ini. Alhamdulillah, saya boleh katakan kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk sukan SEA kali ini,” katanya lagi.

Namun, pemain berusia 28 tahun turut akui laluan pasukannya kali ini tidak mudah berikutan Thailand yang merupakan pesaing terkuat mereka turun padang dengan strategi baru.

“Perbezaan sukan SEA kali ini dengan yang lepas mungkin tidak mudah kerana kita dapat tahu pasukan Thailand telah panggil kembali pemain-pemain lama mereka yang saya anggap itu sebagai kelebihan besar buat mereka.

“Walau bagaimanapun, saya harap tuah akan menyebelahi pasukan kali ini kerana kita menampilkan dua pemain baru dan saya harap ‘tenaga baru’ ini mampu memberi kelebihan kepada pasukan kami nanti,” katanya lagi. 

Penyertaan Malaysia di Sukan SEA bagi acara bola keranjang, Malaysia meraih pingat emas empat kali berturut turut, iaitu pada 1997 (Jakarta), 2001 (Kuala Lumpur), 2003 (Vietnam) dan 2007 (Korat, Thailand).

Bola keranjang tidak dipertandingkan di Sukan SEA, Brunei 1999 dan Manila, Filipina pada 2005.Oleh HUSNIYAH GHAZALI

 

 

 

Please follow and like us:
0