Supachok Sarachart

Jurulatih Thailand Worrawoot Srimaka mengesahkan 27 pemain kebangsaan Bawah-22 untuk menjalani latihan menjelang Sukan SEA 2017 minggu hadapan.

Bukan lagi kejutan bagi pemain harapan seperti Chenrop Samphaodi, Chaiyawat Buran (gambar utama) dan Supachok Sarachart yang juga turun disenaraikan tetapi akan dikurangkan kepada 20 orang pemain sahaja.

Pasukan tersebut akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Eastern FC dari Hong Kong pada 10 Ogos.

Juara bertahan Thailand akan menentang Indonesia pada 15 Ogos diikuti pasukan dari Kumpulan B melawan Timor Leste (17 Ogos), Cambodia (20 Ogos), Filipina (22 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos).

Perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur akan berlangsung pada 29 Ogos. – OLEH FAZLIN ZULKIFLI

- Advertisement -