Dapatkan replika jersi ini pada harga RM70 bolehlah menghubungi pihak Tackle Asia melalui laman Facebook – https://www.facebook.com/tackleasia dan Instagram – https://www.instagram.com/tackleasia/
Dapatkan replika jersi ini pada harga RM70 bolehlah menghubungi pihak Tackle Asia melalui laman Facebook – https://www.facebook.com/tackleasia dan Instagram – https://www.instagram.com/tackleasia/

Kesatuan Ragbi Kedah bakal dilihat pasukan yang mampu untuk memberi cabaran sengit dalam dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-35 yang telah bermula pada 29 Julai 2017. Persiapan rapi giat dilakukan bermula sejak awal Julai 2017 lalu bakal dibarisi oleh jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain penuh berpengalaman. Anak jati negeri Jelapang Padi, Wan Norsyahmi Wan Daud yang lebih dikenali sebagai Wan Jigone menggalas tugas selaku ketua jurulatih bagi Kesatuan Ragbi Kedah(KRK) untuk pasukan ragbi 15 sepasukan ini. Mohd Farid Syazwan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Lomu’ dari kelab ragbi Keris Conlay juga turut membantu selaku pembantu jurulatih pasukan ini.

Pengurusan pasukan yang lebih terancang diketuai oleh Presiden Kesatuan Ragbi Kedah Tan Sri Dato Wira Haji Abdul Halim bin Haji Karim ini dilihat turut tidak menafikan peluang kepada pemain-pemain muda anak jati Jelapang Padi untuk diturunkan di dalam skuad Piala Agong ini. Pasukan ini turut diperkasakan oleh barisan para pemain anak jati negeri ini yang selama ini mengutip pengalaman besar bersama kelab ragbi Keris Conlay. Kombinasi para pemain kelahiran negeri ini bersama kapten pasukan Mohd Fairuz bin Abdul Rahman dilihat seimbang sejajar dengan program perkembangan sukan ragbi di negeri ini secara tidak lansung harus berbangga membawa nama negeri ke kejohanan berprestij ini.

Kehadiran keyakinana pihak penaja seperti Impressive communications, Puteri Nusantara, Kerajaan Negeri Kedah, Tackle Asia dan Dapur bonda secara tidak lansung memantapkan lagi perjalanan Kesatuan Ragbi Kedah untuk membadai kempen kejohanan Piala Agong ini yang dilihat semakin sengit. Tidak dinafikan faktor penajaan juga turut menyumbang prestasi sesuatu pasukan dalam memburu kejuaraan.

Mohd Fairuz bin Abdul Rahman menggalas tugas selaku kapten pasukan negeri Jelapang Padi dalam saingan Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-35 ini.

Pasukan Kedah telah diundi di dalam Kumpulan A bersama penyandang juara edisi lalu; Perak dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM). Perlawanan pertama menentang pasukan ATM akan berlansung pada 29 Julai ini di TUDM Bukit Jugra, Banting, Selangor.

“Terima kasih kepada Kesatuan Ragbi Kedah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk saingan Piala Agong 2017 ini dan juga buat kelab Keris Conlay di atas kerjasama yang diberikan. Dibantu oleh Mohd Farid Syazwan bersama barisan pegawai pasukan dan para pemain yang lain, kami pasti untuk mara ke pusingan akhir.”, ujar Wan Norsyahmi Wan Daud, Ketua Jurulatih Kesatuan Ragbi Kedah yang berusia 41 tahun ini.

Sebelum ini diusia muda, Wan Norsyahmi Wan Daud juga turut mencurah kudrat berbakti kepada Kesatuan Ragbi Kedah setelah mewakili sebanyak 3 edisi berturut-turut dalam Kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) 1992, 1994 dan 1996. Setelah itu beliau memfokuskan kepada kejurulatihan di mana terlibat dalam membimbing pasukan ragbi sama ada di peringkat kelab mahupun di pentas antarabangsa. Kini Wan Jigone bagai sirih pulang ke gagang untuk kemudi Jelapang Padi kibarkan cabaran!

- Advertisement -