9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Pair BC3 Bronze Medal – Malaysia

THAILAND menyapu bersih tujuh pingat emas pada hari terakhir saingan Boccia di MITEC pada Jumaat (22 Sept). Pingat emas dimenangi acara perseorangan BC1, BC2, BC3 dan BC4 (kecacatan fizikal dari peringkat rendah ke tinggi), beregu campuran (BC3, BC4) dan berpasukan (BC1/BC2).

Malaysia memenangi empat perak dalam BC1 dan BC2, dan gangsa dalam perseorangan BC4 dan berpasukan (BC3). Di Singapura dua tahun lalu, Malaysia menang dua emas dan satu gangsa.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Individual BC1 Gold Medallist – Thailand Huadpradit Witsanu

Huadpradit Witsanu meraih pingat emas pertama Thailand dalam acara BC1 dengan kemenangan 14-0 ke atas Lean Chin Kit manakala Pachdee Boontep pula menewaskan Lee Chee Hoong 8-0 bagi emas kedua. Gangsa pula milik Saengampa Worawut juga dari Thailand setelah menang 5-1 menentang Mohd Syafiq Mohd Noh dari Malaysia.

Dalam kategori BC3, Polket Pongsathorn menewaskan rakan sepasukan, Chaemchoi Ekkarat 5-2 untuk emas. Gangsa ialah milik Toh Sze Ning dari Singapura setelah menang 6-3 ke atas pemain Thai, Visaratanunta Tanimpat.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Individual – Malaysia – Lim Hock Lai vs Aminoor Farid(right)

Thailand juga memenangi emas dan perak dalam acara BC4, masing-masing menerusi Somsanuk Ritthikrai dan Larpyen Pornchok. Atlet Malaysia Aminoor Farid Najuddonze menang gangsa.

APA KATA MEREKA:
“Pemain Malaysia memberi kita tentangan dan saya gembira kita menang semua tujuh pingat emas hari ini. Kita perlu teruskan momentum ini untuk Sukan Para di Filipina pada 2019.”
KOTSILA KUMRIT (Jurulatih Thailand)

“Secara peribadi, berada dalam final sudah merupakan satu pencapaian besar bagi saya. Ini merupakan yang pertama bagi saya dan pengalamannya besar. Saya berterima kasih kepada semua penyokong.”
LEE CHEE HOONG (Pemain Malaysia)

- Advertisement -