Cub Prix: Kasma Raih Hatrik!

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/cub-prix-kasma-raih-hatrik">
Twitter
Pinterest

“Saya tidak begitu yakin dan tidak menjangkakan kemenangan mudah pada perlumbaan hari ini.”, ujar Kasma Daniel Kasmayuddin.

Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin sukar dihalang apabila berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelima peribadi musim 2017 selepas menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu dengan mudah menamatkan 20 pusingan perlumbaan dan melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s.

“Saya tidak begitu yakin dan tidak menjangkakan kemenangan mudah pada perlumbaan hari ini. Prestasi dan catatan masa saya tidak begitu baik pada sesi-sesi lain,” jelas Kasma yang memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Kemenangan Ke-5 musim 2017 oleh Kasma Daniel Kasmayudin!

Tambah Kasma, “Saya juga bermula agak perlahan dan ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain. Perssaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah saya dapat mendahului kedudukan namun saya masih berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.

Dengan Kasma selesa di hadapan, perebutan lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat pada musim ini sekalibus terus mengukuhkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 130 mata.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’46.688s diikuti Haziq dengan masa 13’46.894s. Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) meraih podium pertama pada musim ini setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 13’47.727s.

Haziq berada di tangga kedua keseluruhan dengan 96 mata diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketiga dengan 78 mata.

Dalam saingan Wira, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kembali ke pentas podium sebagai juara setelah kali terakhir muncul juara pada pusingan pertama di Temerloh dengan masa keseluruhan 11’12.261s.

Saiful menewaskan rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman yang menamatkan perlumbaan dengan masa 11’12.399s manaka pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech) di tangga ketiga dengan masa 11’16.542s.

Aiman kekal di tangga teratas dengan 107 mata diikuti Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) di kedudukan kedua dengan 94 mata diikuti Saiful ketiga, 93 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN


CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:52.165s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:54.113s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:54.739s
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 18:06.052s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 18:06.295s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 99 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 64 mata
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51 mata
5 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata



CP115

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.688s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.894s
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:47.727s
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:54.385s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:57.524s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 130 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 96 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 78 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PERONAS Sprinta Yamaha – CKJ 58 mata
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 52 mata

WIRA

1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.261s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.399s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 11:16.542s
4 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:16.982s
5 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 11:17.191

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 107 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 94 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 69 mata

Please follow and like us:
0