Selepas 52 edisi penganjuran Jelajah Malaysia, edisi ke 53 menampilkan satu kelainan apabila buat pertama kalinya, pendakian berstatus Hors diperkenalkan dalam perlumbaan yang dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Ketua Pegawai Operasi Jelajah Malaysia, Noraidiazhar Sulaiman menjelaskan, pendakian peringkat keempat itu telah mendapat pengiktitrafan.

“Pesekutuan Berbasikal Dunia (UCI) telah mengiktiraf penamat di puncak Gunung Jerai (1217 meter) sebagai kelas Hors dua minggu lalu dan pihak penganjur telahpun memaklumkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian,”kata Noraidiazhar.

Tambahnya lagi tiada masalah atau perubahan semasa laluan yang akan bermula dari Shah Alam pada 3Okotber dan tamat di Alor Setar pada 7 Oktober.

Jarak keseluruhan bagi Jelajah Malaysia 2017 ialah 679.9 kilometer melibatkan tiga negeri, Selangor, Perak dan Kedah.

20 pasukan yang bertanding telah lengkap sepenuhnya dimana 10 daripadanya merupakan pasukan berstatus Benua (Continental) antaranya Pishgaman Cycling(Iran), KSPO (Korea Selatan), Aisan (Jepun) dan Infinite AIS (Singapura) serta pasukan yang berpengkalan di pantai timur semenanjung Malaysia, Terengganu Cycling (TSG), dua pasukan kebangsaan dan selebihnya pasukan negeri dan kelab.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Jelajah Malaysia, Datuk Nazifuddin Datuk Seri Najib memberi jaminan Jelajah Malaysia bermula tahun ini akan menjanjikan satu kelainan berbanding penganjuran sebelum ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu membantu sukan ini yang kian mendapat minat dikalangan rakyat Malaysia.

“Walaupun pasukan ini masih baru dan isu isu yang lepas jangan kita samakan dengan yang lepas kerana itu adalah penganjur yang lain, kita nak pastikan acara ini berjaya,”kata Nazifuddin.

Malah, kos penganjuran sebanyak RM 4.5 juta mampu dilaksanakan dengan baik, malah isu melibatkan tuntuan wang kemenangan keseluruhan berjumlah RM 150 000 juga dijangka akan diselesaikan mengikut perancangan.

Beliau turut menambah, mungkin berlaku masalah kekurangan syarikat luar untuk tampil sebagai penaja, namun edisi 2018 telah pun dirangka pada tahun ini untuk menarik minat penaja penaja sebagai ahli keluarga dalam Jelajah Malaysia.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

  

 

- Advertisement -