Hafizh Syahrin raih podium sulung

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/hafizh-syahrin-raih-podium-sulung">
Twitter
Pinterest

Perlumbaan Moto GP kelas Moto2 menyaksikan tuah Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih podium pertamanya bagi musim 2017 selepas menduduki tangga ke 3 di GP San Marino.

 Litar yang basah diiringi cuaca hujan dilihat menjadi kelebihan buat pelumba negara untuk memburu podium.

Pelumba pasukan Petronas Raceline ini menamatkan perlumbaan 7.875 saat dibelakang pemenang bagi perlumbaan peringkat ke 13, Dominique Aegerter daripada Kiefer Racing yang mencatat masa 51 minit 39.709 saat.

Tempat kedua pula menjadi milik pelumba pasukan CarXpert Interwetten, Thomas Luthi.

Menerusi kenyataan media, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS turut bersama-sama rakyat Malaysia mengucapkan tahniah diatas podium kedua dalam karier Hafizh Syahrin Abdullah di dalam perlumbaan Moto GP.

Malah, Kejuaraan Cub Prix Malaysia turut mengucapkan tahniah dengan pencapaian Khairul Idham Pawi yang berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Dua pelumba ini merupakan bakat yang digilap menerusi Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia – OLEH KU MOHD LUFTI

Please follow and like us:
0