K.Lumpur, Terengganu bersaing hebat buru kejuraan 100Plus Liga Premier

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/k-lumpur-terengganu-bersaing-hebat-buru-kejuraan-100plus-liga-premier">
Twitter
Pinterest

Kuala Lumpur dan Terengganu terus bersaing hebat memburu gelaran juara 100Plus Liga Premier setelah masing-masing mencatat kemenangan penting pada Selasa.

Kedua-dua pasukan terikat dengan 44 mata namun Kuala Lumpur kekal di kedudukan teratas menerusi beza jaringan.

Di Stadium Uitm Shah Alam, skuad warga kota itu bangkit dari ketinggalan untuk menundukkan tuan rumah 2-1, dengan Guilherme De Paula menjaringkan dua gol pada minit ke-75 dan masa kecederaan permainan.

Uitm sebelum itu mendahului di separuh masa pertama menerusi Akani Sunday Wassiu pada minit ke-35.

Di Stadium Proton Tanjung Malim, Terengganu turut melakar kemenangan 2-1 ke atas Misc-Mifa menerusi jaringan Tchetche Kipre dan Issey Nakajima manakala gol tunggal Misc dijaringkan oleh Kpah Sherman.

PKNP FC menghidupkan peluang mereka untuk mengintai slot beraksi di Liga Super musim depan apabila melonjak ke tangga ketiga dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di gelanggang sendiri.

Gilberto Fortunato menjaringkan dua gol buat skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim manakala satu lagi jaringan disumbangkan Shahrel Fikri. Gol tunggal Negeri Sembilan dijaringkan oleh Lee Tuck.

Dalam aksi lain, Johor Darul Takzim II kekal di tangga kelima setelah mencatat keputusan seri 1-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia manakala Sabah mengukuhkan cengkaman di kedudukan ketujuh dengan menewaskan Perlis 5-1.

PDRM pula kekal di kedudukan kelapan setelah mencatat kemenangan 5-3 ke atas pasukan bermasalah, Kuantan FA. Kekalahan itu adalah yang keenam berturut-turut dan yang ke-14 musim ini buat Kuantan FA.

Please follow and like us:
0