MSN anggap pencapaian di Para ASEAN satu kejayaan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/msn-anggap-pencapaian-di-para-asean-satu-kejayaan">
Twitter
Pinterest

9th ASEAN Para Games 2017 - RIMAU MaskotMajlis Sukan Negara (MSN) berpuas hati dan menganggap pencapaian kontijen negara di temasya Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 sebagai satu kejayaan biarpun gagal mencapai sasaran 103 emas yang ditetapkan.

Malaysia yang menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas 2001 dan 2009, menutup tirai Para KL2017 di tempat kedua keseluruhan dengan 259 pingat merangkumi 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Shapawi Ismail berkata, “Kita berjaya tepati sasaran muncul naib juara dan mengatasi pencapaian tempat ketiga di Singapura dua tahun lalu. Kita juga berjaya kalahkan Thailand.

“Walaupun 90 emas lari dari sasaran sebenar kita, jumlah kutipan pingat keseluruhan adalah tertinggi dalam sejarah Malaysia ambil bahagian di Sukan Para ASEAN, jadi ia sudah tentunya wajar dibanggakan.”

Ahmad Shapawi mengakui bahawa kelemahan dalam pemantauan prestasi kontijen lawan serta kegagalan beberapa atlet prospek emas seperti sukan memanah, bola keranjang berkerusi roda serta bolasepak lima sebelah mengawal tekanan sebagai antara punca sasaran 103 emas gagal dicapai.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Para Table Tennis – All Malaysia Medalist

 

“Kita telah banyak bergantung kepada dua tahun lepas punya prestasi. Jadi sebab itu kita nampak Thailand dan tidak begitu melihat kepada Indonesia dan membuat penilaian prestasi lebih jelas.

“Selain itu, ada atlet kita yang boleh menyumbang lebih dari dua emas mengalami kecederaan dan masalah kesihatan seperti Ridzuan Puzi dan Felicia Mikat (olahraga), Jamery Siga (renang) serta Mohd Shahmil (powerlifting).

9th ASEAN Para Games KL2017 – Goalball Men Team Gold Medallist – Malaysia

 

 

“Terdapat juga sukan yang banyak acara seperti catur (24 acara) , ping pong (27 acara) dan boccia (7 acara) tetapi tidak memberi kelebihan kepada Malaysia jadi ini semua antara faktor penentu,” ujar Shapawi.

Selain olahraga yang cemerlang menyumbang 36 emas, sukan lain yang turut menjadi lubuk emas kontijen negara pada edisi kali ini adalah berbasikal (22 emas) sekaligus melepasi sasaran asal 15 emas, tenpin boling (11 emas) dan renang (9 emas).

9th ASEAN Para Games KL2017 – Men 200m T42 T43 T44 Gold Medallist – Malaysia Thavanesvaran

Sembilan rekod kejohanan juga telah berjaya diperbaharui iaitu dalam sukan renang (6 rekod), olahraga (2 rekod) dan powerlifting(1 rekod).

Para KL2017 juga telah menyaksikan menyerlahnya beberapa nama baru seperti S.Thavaneshvaran, Eddy Bernard dan Wong Kar Gee (olahraga), Ikhwan Ramli (badminton) serta Muhamad Afiq Afify dan Adi Raimie Amizazahan (berbasikal).

9th ASEAN Para Games KL2017 – Archery Mixed Team Compound & Mixed Team Recurve Malaysia Medallist

Temasya Para KL2017 yang menutup tirai secara rasmi pada Sabtu (23 September) menyaksikan Indonesia muncul juara keseluruhan dengan 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa manakala Thailand di tempat ketiga dengan 68 emas, 73 perak dan 94 gangsa.

Please follow and like us:
0