Don't Miss

Ping pong : Supriyatna nafi emas kedua Ing Hock

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/ping-pong-supriyatna-nafi-emas-kedua-ing-hock">
Twitter
Pinterest

9th ASEAN Para Games KL2017 – Table Tennis Men single 9 Final Match – Malaysia Ting Ing Hock vs Indonesia Supriyatna Gumilar

9th ASEAN Para Games 2017 - RIMAU MaskotPEMAIN ping pong para Malaysia paling senior, Ting Ing Hock gagal dalam misinya untuk meraih emas kedua apabila tewas 3-0 di tangan pemain Indonesia Supriyatna Gumilar dalam Kelas 9 perseorangan lelaki akhir Sukan Para ASEAN di MITEC pada Sabtu (23 Sept).

Dengan sokongan kuat penyokong, Supriyatna ​mempamerkan penguasaan​ untuk menang 11-8, 11-7 dan 11-9.

Seorang lagi pemain Malaysia, Chee Chaoming dan Saw Hay Htoo dari Myanmar berkongsi gangsa.

Dalam acara perseorangan Kelas 5 wanita, Roslinda Br Manurung menewaskan pemain Malaysia, Azila Alias 3-0 (11-2, 11-3, 11-0) untuk pingat emas. Chung Sow Fun dari Malaysia mendapat gangsa. Skuad Malaysia mengakhiri pertandingan dengan kutipan satu emas, dua perak dan dua gangsa.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Table Tennis Women Single 5 – Malaysia Chung Sow Fun vs Thailand Supalak Butgunha

Indonesia memenangi tujuh lagi pingat emas pada Sabtu (23 Sept) untuk menjadikan jumlah pungutan pingat kepada 14 emas, 10 perak dan empat gangsa manakala Thailand mengutip empat lagi emas hari ini menjadikan sembilan emas, 12 perak dan 13 gangsa.

Indonesia memenangi tujuh lagi pingat emas pada Sabtu (23 Sept) untuk menjadikan jumlah pungutan pingat kepada 14 emas, 10 perak dan empat gangsa manakala Thailand mengutip empat lagi emas hari ini menjadikan sembilan emas, 12 perak dan 13 gangsa.

 

9th ASEAN Para Games KL2017 – Table Tennis Men single 9 Final Match – Malaysia Ting Ing Hock

APA KATA MEREKA:
“Ini mungkin penampilan terakhir saya dalam Sukan Para selepas 14 tahun mewakili pasukan kebangsaan. Saya berharap dapat memenangi emas ke-15 dalam Sukan Para ASEAN dan saya kecewa. Sudah tiba masanya saya melatih pemain-pemain junior.” -​ ​TING ING HOCK

Please follow and like us:
0