Skuad tenis paralimpik negara optimis meletakkan sasaran meraih dua pingat emas acara tenis kerusi roda pada temasya sukan Para Asean 2017 yang akan memulakan saingan pada 18 September depan

Jurulatih tenis paralimpik negara, Mohd Nadir Mohd Ashraf berkata, “Sasaran yang kita letakkan ini realistik berikutan dengan kemampuan pemain negara dalam acara ‘open single’ dan ‘court single’.

“Kita juga memanggil kembali pemain yang pernah bersara sebelum ini, iaitu Azman Hasan untuk kembali beraksi kerana kita tahu beliau mampu menyinar dan sekaligus meraih pingat buat negara pada Sukan Para Asean ini,” katanya ketika ditemui di sidang media Program Kita Juara 2017, Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific hari ini (11 September).

Sementara itu, atlet veteren tenis kerusi roda, Azman Hasan akui tidak sabar untuk kembali beraksi apabila diberikan peluang untuk bermain sekaligus meraih pingat buat skuad tenis paralimpik negara.

Atlet berusia 51 tahun itu juga tidak menolak kemungkinan akan bersara selepas Sukan Para Asean berakhir namun bersedia untuk mempertimbangkan jika masih diberi peluang oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

“Mungkin ini adalah perlawanan terakhir saya, jadi saya perlu capai pingat yang bagi menjadi rebutan semua iaitu pingat emas untuk sasaran peribadi saya.

“Saya yakin saya boleh capai sasaran emas berdasarkan latihan yang saya jalani dan saya ingin  membuktikan usia bukan penghalang untuk mencapai sesuatu matlamat,” kata Azman.

Misi penyertaannya di Para ASEAn ke selepas menggantung raket 2014 untuk menebus kekecewaan  gagal membawa pulang sebarang pingat ketika di Sukan Asia Korea 2014.

Untuk rekod, bagi acara perseorangan Azman meraih pingat perak pada Sukan Para Asean Korat dan pingat emas pada Sukan Para Asean Solo Indonesia. – Oleh Husniyah Ghazali

- Advertisement -