Selepas ‘menyepi’ di dua peringkat awal, giliran Brendon muncul dan membuktikan kemampuannya untuk menakluk Jelajah Malaysia edisi ke 53.

Gerakan solonya ternyata mengejutkan ramai pihak sehingga berjaya meraih dua jersi pada peringkat ketiga hari ini.

Brendan tampak semakin yakin untuk cuba menakluki peringkat kemuncak atau queen stage dimana perlumbaan akan tamat di puncak Gunung Jerai dengan ketinggian 1217 meter berstatus Hors.

Namun timbul sedikit keresahan dihatinya kerana kekurangan seorang pelumba susulan penarikan diri Rowan Dever pada peringkat kedua semalam.

Brendan ketika sidang media tidak mahu melepaskan jersi kuning kepada pelumba mahupun pasukan lain kerana beliau dan rakan rakan telah bekerja keras untuk mendapatkannya

“Perlumbaan esok dijangka lebih sukar untuk saya kerana telah menggunakan banyak tenaga pada hari ini.

“Segalanya bergantung pada hari esok, kami berada di kedudukan yang selesa dalam kedudukan keseluruhan setakat ini dan pendakian diantara 45 minit ke puncak bukan mudah.

“Sudah pasti akan ada attack daripada pasukan lain dan menjangkakan pergerakan awal tetapi kami akan lihat apa yang berlaku esok dan kami berlim akan fikirkan sesuatu,”kata Brendon.

Pasukan pasukan lain yang dijangka menjadi tumpuan pastinya kelibat Nur Amirul Fakhruddin Mazuki daripada Terengganu Cycling (TSG) yang dilihat mempunyai kelebihan di pendakian.

Amirul menjadi pelumba terbaik Malaysia ketika Jelajah Borneo pada 2011 dimana beliau menamatkan pendakian di Kundasang ditangga ketujuh.

Namun, Amirul sedang menyarung jersi hijau selaku raja pecut, justeru bagi pasukan TSG, sandaran mungkin terletak dibahu Mohd Adiq Hussainie Othman, Mohd Shahrul Mat Amin dan Drew Morey William Peters.

Manakala pencabar daripada pasukan lain adalah Felipe Marcelo, dan penyarung jersi Polka Dot (Raja Bukit ) peringkat pertama dan kedua, Abdul Ghani.

Peringkat keempat akan bermula dari Kulim menuju ke puncak Gunung Jerai dimana dengan jarak 101.3 kilometer.

Gunung Jerai buat julung kalinya disenarai di dalam laluan bagi lumba berbasikal Jelajah Malaysia dengan pendakian berstatus Hors dan diiktiraf oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

- Advertisement -