Brendon raih gelaran UCI pertama, tiada perubahan pemilik jersi JM 2017

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/10/brendon-raih-gelaran-uci-pertama-tiada-perubahan-pemilik-jersi-jelajah-malaysia-2017">
Twitter
Pinterest

Keputusan untuk beralih dari sukan MTB ke lebuhraya ternyata memberikan pulangan yang lumayan buat pelumba kelahiran Afrika Selatan, Brendon Davids daripada pasukan Oliver’s Real Food Racing apabila dinobat selaku juara keseluruhan Jelajah Malaysia 2017.

Meskipun sekadar menamatkan saingan di tempat ke 42 dibelakang Ryan Thomas, ia sudah memadaikan memandangkan pencabar terdekat bagi jersi Kuning , Victor Nino Corredor tidak berhasrat untuk mencabar di peringkat terakhir.

“Agak sukar untuk kami mempertahankan jersi ini di perlumbaan Jelajah Malaysia tahun ini dan saya berterima kasih kepada semua rakan yang membantu.

“Kami bercadang untuk memburu kemenangan peringkat tetapi TSG lebih pantas dan agak sukar untuk kami kejar,”kata Brendon

Malah kemenangan yang diraih di Jelajah Malaysia edisi ke 53 sedikit sebanyak memberinya suntikan semangat untuk meraih lebih banyak gelaran.

“Agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan teknik perlumbaan lebuhraya dan saya diberi tunjuk ajar oleh rakan sepasukan lain,”katanya lagi.

Brendon yang mula menyarung jersi kuning sejak peringkat kedua mengumpul 16 jam 34 minit 16 saat, mengatasi pelumba yang berada ditempat kedua, Victor Nino Corredor daripada Sapura Cycling (TSC) yang ketinggalan 24 saat manakala Lim Rustom (7 Eleven Roadbike Philipinnes) dikedudukan ketiga.

Sementara itu pemenang bagi empat lagi jersi yang dipertandingkan di Jelajah Malaysia 2017 masih tidak berubah selepas tamat peringkat kelima hari ini.

Jersi Hijau (raja pecut) menjadi milik mutlak pelumba Terengganu Cycling (TSG) Nur Amirul Fakhruddin Mazuki yang mengumpul 50 mata.

Amirul ternyata gembira selepas tekanan diberikan oleh dua pelumba Oliver’s Real Food Racing, Brendon Davids dan Ryan Thomas.

“Kejayaan saya adalah hasil kerjasama satu pasukan. Ini adalah jersi pertama saya bagi kategori pecut dan ia memberi suntikan semangat untuk cuba meraih gelaran dalam kategori pecut atau kedudukan keseluruhan selepas ini,”kata Nur Amirul.

Saingan Amirul dalam mempertahankan jersi Hijau bermula sejak peringkat pertama apabila diasak hebat Ryan Thomas.

Namun kedudukannya semakin selesa selepas peringkat ketiga dan mengesahkan statusnya sebagai Raja Pecut Jelajah Malaysia 2017 dengan menamatkan perlumbaan peringkat terakhir di tangga ketiga.

Rakan sepasukan Brendon Davids, Ryan Thomas turut meraih jersi pertama dalam perlumbaan UCI selepas dinobat selaku Pelumba Muda Terbaik dengan menyarung Jersi Kelabu.

Ryan mengumpul 16 jam 36 minit 44 saat, mengatasi pelumba KFC Cycling Jamal Hibatullah yang berkelebihan 50 saat manakala Drew Morey William Peter daripada TSG ditangga ketiga.

Raja Bukit atau jersi Polkadot telah menjadi milik pelumba Sapura Cycling (TSC) Wilmar Jahir Perez Munoz yang memenangi pendakian kelas Hors di Gunung Jerai semalam manakala kategori pelumba Terbaik Malaysia atau jersi Merah turut kekal disarung seorang lagi pelumba Sapura, Muhammad Zawawi Azman.

Kedudukan pasukan yang bertanding menyaksikan Sapura Cycling (TSC) muncul juara selepas mengumpul 49 jam 43 minit 47 minit diikuti 7 Eleven Roadbikes Philipinnes (7RB) muncul naib juara manakala KFC Cycling (KFC) melengkapkan podium selaku pemenang tempat ketiga. – OLEH KU MOHD LUFTI

 

Pemenang Jersi:

Kuning (Pendahulu Keseluruhan):

  1. Brendon Davids (OLI)
  2. Victor Nino Corredor (TSC)
  3. Lim Rustom (7RB)

Hijau (Pecut):

  1. Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (TSG)
  2. Abdul Gani (KFC)
  3. Aiman Cahyadi (TSC)

Polkadot (Bukit):

  1. Wilma Jahir Perez Munoz Brendon Davids (OLI)
  2. Brendon Davids (OLI)
  3. Samuel Volkers (CCN)

Kelabu (Pelumba Muda Terbaik):

  1. Ryan Thomas (OLI)
  2. Jamal Hibatullah (KFC)
  3. Drew Morey William Peters

Merah (Pelumba Terbaik Malaysia):

  1. Muhammad Zawawi Azman (TSC)
  2. Nik Mohd Azwan Zulkifle (PDM)
  3. Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (TSG)

Kedudukan lima Pasukan terbaik yang bertanding:

  1. SAPURA Cyling (TSC)
  2. 7 Eleven Roadbikes Philipinnes
  3. KFC Cycling
  4. Thailand Continental Cycling (TCC)
  5. CCN Cycling
Please follow and like us:
0