Saingan hari pertama kejohanan golf CIMB Classic 2017 menyaksikan pemain pro negara, Danny Chia muncul pemain terbaik Malaysia.

Danny menutup hari pertama dengan catatan 70 pukulan 2 dibawah par, berkongsi kedudukan di tangga ke 23 bersama sama 12 lagi pemain.

Pemain berusia 44 tahun ini bagaimanapun hambar diawal saingan apabila mencatat bogey dilubang pertama dan kedua.

Namun beliau bangkit dengan tiga birdie dilubang 3, 6 dan 8 sebelum mencatat bogey ketiga dilubang 15.

Danny kembali fokus dipenghujung permainan dengan dua birdie sekaligus menutup hari pertama dengan dua dibawah par.

“”Saya agak gementar pada awal saingan apabila meraih bogey di lubang pertama dan kedua.

 “Saya melakukan pukulan pertama yang baik di kedua-dua lubang itu tetapi kemudian gagal mengekalkan aksi konsisten.

 “Bagaimanapun saya berjaya memperbaiki prestasi selepas itu. Saya boleh rangkumkan aksi sepanjang hari ini agak baik,” kata Danny

Seorang lagi pemain negara, Nicholas Fung setakat ini selepas menutup hari pertama dengan catatan par 72 selepas tamat 18 lubang pertama.

Manakala Gavin Kyle Green terperosok ke kedudukan ke 60 selepas tamat hari pertama dengan catatan 1 diatar par.

Gavin cemerlang mengekalkan catatan dua dibawah par selepas beraksi 15 lubang, namun catatan double bogey di lubang kedua terakhir meranapkan peluangnya untuk sekurang kurangnya berada di kelompok pertengahan.

“Saya bermula dengan baik namun selepas itu menghadapi masalah dipenghujung permainan dengan double dan bogey.

“Saya gagal mengawal putting dan tee shot yang agak hambar menjadi punca kepada kemeruduman keputusan hari ini,”Kata Gavin. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -