KUALA LUMPUR, MALAYSIA – OCTOBER 27: Shanshan Feng of China in action during day two of the Sime Darby LPGA Malaysia at TPC Kuala Lumpur East Course on October 27, 2017 in Kuala Lumpur, Malaysia.Pic By Khalid Redza/IMG

 

Baki 18 lubang terakhir bakal menjadi penentu buat dua pemain khususnya, Cristie Kerr dan Shanshan Feng menjelang hari terakhir kejohanan gol Sime Darby LPGA 2017 esok di Kelab Golf TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara.

Selepas bergelut di hari pertama, Cristie Kerr bangkit dengan permainan yang mantap di hari kedua untuk mengekori rapat kelompok pendahulu sebelum memintas untuk muncul pendahulu di hari ketiga.

“Pukulan saya semakin baik dengan putter yang ada dan ianya sesuatu yang menyeronokkan sejak beberapa hari lalu.

“Saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sehingga ke tahap ini. Ianya anugerah daripada Tuhan dan saya tidak bercadang untuk berada di tangga kedua,”kata Cristie.

Memulakan saingan dengan 9 dibawah par yang dikumpul selepas dua pusingan, Cristie cemerlang di Sembilan lubang pertama dengan membenam lima birdie termasuk dua berturut turut di lubang 8 dan 9.

Rentaknya goyah seketika apabila melakar bogey dilubang 10, namun memastikan kedudukan pendahulu tidak hilang apabila menambah dua lgi birdie untuk menutup hari ketiga dengan catatan 65 pukulan 6 dibawah par.

Selepas bermain 54 lubang, pemain kelahiran Amerika Syarikat ini mengumpul 199 pukulan 15 dibawah par.

Selepas bermain di bawah cuaca mendung dan hujan di dua hari pertama, pendahulu selepas dua pusingan, Shanshan Feng bertarung untuk memberikan rentak terbaik.

Cuaca panas ternyata menganggu rentak permainan pemain kelahiran China ini di hari ketiga apabila hanya mampu membenam tiga birdie sepanjang hari untuk menutup saingan dengan 68 pukulan 3 dibawah par.

Tiada catatan bogey dilakar, sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat Shanshan Feng dengan baki satu lagi pusingan esok.

“Sebenarnya hari ini agak panas. Saya hampir tewas tetapi tetap cuba berikan yang terbaik. Pukulan saya juga tidak tepat.

“Tetapi catatan pada hari ini masih lagi catatan yang baik dan saya berpendapat, kunci utama adalah memastikan bola berada di fairway dan green dan itu yang saya lakukan setakat ini,”kata Shanshan Feng.

Selepas tiga pusingan, Shanshan hanya ketinggalan satu pukulan dibelakang pendahulu baru, Cristie Kerr

Peluang untuk memburu kejuaraan bagi edisi 2017 juga masih terbuka buat pemain Korea Selatan Sei Young Kim yang mengumpul 202 pukulan 11 dibawah par.

Seperti Shanshan Feng, Sei Young Kim turut bergelut dibawah terik matahari apabila menutup hari ketiga dengan 68 pukulan 3 dibawah par.

Sementara itu, dua pemain, Stacey Lewis dan Jacqui Concolino berkongsi kedudukan di tangga keempat dengan catatan terkumpul, 203 pukulan 10 dibawah par.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

Kedudukan Pemain – Pusingan ketiga

 

Cristie Kerr 70 63 65 (198 -5)

Shanshan Feng 66 65 68 (199 -14)

Sei Young Kim 69 65 68 (202 -11)

Stacy Lewis 71 66 66 (203 -10)

Jacqui Concolino 68 68 67 (203 -10)

- Advertisement -