Pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini menutup hari kedua dengan catatan 71 pukulan 1 dibawah par, naik empat anak tangga ke kedudukan 60.
âHari yang mengecewakan dan saya tidak mampu melakukan apa apa. Saya hilang sabar apabila gagal di putting kerana pukulan sudah cukup baik tetapi gagal menyudahkan dengan sempurna.
âPermukaan di green berubah sedikit dari aspek kelajuan yang memberi kesan kepada permainan kami. Berbanding beberapa hari lalu, green dalam keadaan baik,âkata Gavin.
Selepas bermain 36 lubang sejak hari Khamis lalu, Gavin Kyle Green mengumpul catatan par 144 pukulan setakat ini.
Dibelakang Gavin adalah pemain terbaik Malaysia pada hari pertama, Danny Chia yang tenggelam di hari kedua apabila mencatat 75 pukulan 3 di atas par untuk catatan terkini selepas bermain 36 lubang, 145 pukulan 1 di atas par.
Catatan ini turut dikongsi seorang lagi pemain negara yang beraksi di Kejohanan Golf Jelajah PGA CIMB Classic 2017, Nicolas Fung bersama sama lima lagi pemain. OLEH KU MOHD LUFTIÂ
Kedudukan pemain Malaysia Kejohanan Golf Jelajah PGA CIMB Classic 2017
Pusingan Kedua
60. Gavin Kyle Green           73-71 (144) (par)
61. Danny Chia                 70-75 (145) (+1)
62. Nicholas Fung               72-73 (145) (+1)
63. Bud Cauley                 77-68 (145) (+1)
64. Richiy Werensky             72-73 (145) (+1)
65. Juvic Pagunsan              73-72 (145) (+1)
66. Cody Gribble                 77-68 (145) (+1)
67. Emiliano Grillo               73-72 (145) (+1)