Kalendar 2017 mahu diakhir dengan kenangan manis buat pelumba negara yang beraksi dalam kategori Moto 2, Hafizh Syahrin.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia ini memasang impian untuk meraih mata ke 100 di perlumbaan GP Valencia, Sepanyol yang merupaakan perlumbaan terakhir bagi tahun ini.

Malah pelumba berusia 23 tahun ini memburu kelompok 10 terbaik di Sepanyol kelak.

Selepas mengharungi 17 perlumbaan, Hafizh mengumpul 96 mata dan perlumbaan di GP Malaysia pada Ahad, beliau menamatkan saingan di tangga ke 6 manakala Miguel Oliveira daripada pasukan Redbull KTM Ajo muncul juara Moto 2 di Litar Antarabangsa Sepang.

Bagi musim 2018, Hafizh Syahrin akan menunggang untuk pasukan Petronas Sprinta Racing.

Mengulas tentang litar di Valencia, Hafizh berpendapat trek di sana bakal memberikan kesukaran untuk dirinya, namun tetap tekad untuk memperbaiki catatan tahun lalu apabila sekadar meraih satu mata.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -