Lengkap perjalanan bagi perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia Tenggara, Jelajah Malaysia bagi edisi ke 53.

Kayuhan terakhir di Alor Setar menoktahkan jarak keseluruhan … kilometer, merangkumi tiga negeri; Selangor, Perak dan Kedah mempertandingkan ..zon pendakian trermasuk kelas Hors di puncak Gunung Jerai, …zon pencutan dengan lima jersi menjadi rebutan.

Dari aspek perlumbaan, tidak dinafikan JM 2017 menampakkan satu keputusan yang boleh dikatakan sebagai positif khususnya kepad apelumba tempatan.

Daripada 108 pelumba, 52 merupakan pelumba tempatan yang berada di dalam 11 daripada 18 pasukan yang mengambil bahagian.

Selepas lima peringkat perlumbaan, 39 pelumba tempatan terus gah bertahan ehingga penamat di Alor Setar, Kedah.

Bukan jumlah yang menjadi kayu ukuran, tetapi keputusan yang dicapai sepanjang edisi ke 53 tahun ini.

Prestasi daripada pelumba tempatan memperlihatkan keputusan yang positif dan ia ditonjolkan sejak awal perlumbaan.

Nur Amirull Fakhruddin Mazuki yang meraih kemenangan peringkat pertama mempertahankan jersi Hijau (Raja Pecut) sehingga ke hari terakhir manakala Muhammad  Zawawi Azman memulakan saingan Jelajah Malaysia buat julung kalinya dengan gelaran Pelumba Terbaik Malaysia (Jersi Merah).

Lebih menarik, Zawawi yang beraksi untuk pasukan Sapura Cycling (TSC) meononjolkan kemampuannya apabila mampu berada dalan kelompok 5 hingga 10 terbaik sepanjang perlumbaan.

“Saya kecewa ketika di Sukan SEA ke 29 Ogos lalu, tetapi kemenangan yang diperolehi pada Jelajah Malaysia kali ini satu permulaan yang baik,”kata Zawawi.

Penutup kejohanan, Harrif Salleh menamatkan kemarau podium selepas kali terakhir menaiki podium pada April lalu di Jelajah Thailand.

Hakikatnya, apa yang diperolehi di Jelajah Malaysia 2017 wajar diberikan pujian membuktikan pelumba negara mampu untuk bersaing hebat dengan pelumba luar.

Namun, dari satu aspek, tahap sebenar pelumba tempatan masih belum diuji susulan ketiadaan dua pasukan terbaik Asia, KSPO dan Pishgamant Giant yang menarik diri di saat akhir.

Masih banyak lagi yang perlu dilakukan persatuan atau kelab terbabit untuk membentuk pelumba negara ke satu tahap yang lebih kompetitif.

Bukan sahaja latihan, tetapi pelumba negara perlu keluar daripada zon selesa, merasai sendiri pertandingan yang dianjurkan di luar Malaysia.

Barisan kejurulatihan juga perlu mencari satu kaedah latihan, program jangka panjang untuk meningkatkan kualiti pelumba tempatan.

Bukan bermatlamatkan mahu mencari sang juara, tetapi menunjukkan pasukan atau pelumba tempatan bukan bertanding sebagai pelengkap semata mata.

Kewangan mungkin salah satu penghalang, tetapi latihan di dalam negara sudah memadai, hanya di harapkan lebih ramai lagi syarikat luar yang bersedia tampil untuk menganjurkan perlumbaan peringkat tempatan.

Malaysia masih kekurangan perlumbaan kompetitif diperingkat tempatan dan impian untuk melihat pelumba negara, Loh Sea Keong yang menyarung jersi kuning pada 2013 tampak masih belum kelihatan.

Jurulatih Terengganu Cycling (TSG) Jeremy Hunt memilih untuk berlatih di Australia selepas mengambil alih pasukan kerana di sana, perlumbaan tempatan diadakan setiap minggu.

Diharapkan penganjuran Jelajah Malaysia 2017 yang dilihat lancar tanpa sebarang rungutan, masalah besar atau isu yang melibatkan kewangan seperti yang berlaku di edisi terdahulu kembali memberi keyakinan kepada pasukan yang kuat untuk datang dan beraksi di Malaysia pada masa akan datang.

Tunggakan terhadap pembayaran wang kemenangan oleh pasukn dan pelumba bukan sahaja dalam tetapi luar negara sentiasa menjadi perbualan selepas selesai penganjuran Jelajah Malaysia.

Jaminan daripada ketua Pegawai Operasi Jelajah Malaysia 2017, Noraidiazhar Sulaiman wang kemenangan akan diselesaikan dalam tempoh sebulan diharap menjadi kenyataan.

Malah, pengurangan jumlah perbelanjaan daripada RM 4.5 juta kepada RM 3.8 juta satu perkara yang positif dan tidak mustahil perancangan penganjur untuk menambah jumlah peringkat termasuk memasukkan acara ujian masa individu dan berpasukan menjadi kenyataan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Life Pro Fit yang berjaya menganjurkan Jelajah Malaysia edisi ke 53 tanpa sebarang masalah besar samada dari sudut teknikal mahupun kaitangan yang terlibat. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -