The Tour de Langkawi is a multiple stage bicycle race held in Malaysia. It is named after the archipelago Langkawi, where the first edition started and finished. The race has been held annually since 1996, primarily in the month of February.

Dua organisasi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) seakan akan ‘tidak sehaluan’ berhubung isu penganjur bagi jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi tahun depan.

Bermula dengan laporan akhbar pada Selasa berhubung hak milik LTdL, isu ini tampak semakin ‘panas’ apabila KBS mengahantar surat memohon penjelasan kepada PKBM berhubung laporan tersebut.

Pengurusan tertinggi PKBM yang dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan telah menerima surat tersebut.

Sebaliknya masih tetap dengan pendirian mereka menyatakan LTdL adalah ‘milik’ PKBM.

“Surat telah dihantar kepada Ketua Setiausaha KBS semalam bahawa PKBM akan beri penganjuran kepada syarikat yang telah dipilih,”kata Ibrahim Mustafa yang merupakan Setiausah Agung PKBM.

Mesyuarat telah diadakan pada penghujung bulan lalu untuk memilih syarikat yang akan menjadi penganjur bagi LTdL 2018.

“Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak pandang KBS kerana mereka akan berhubung dengan badan induk sukan terlibat.

“KBS tidak tahu undang undang tentang sukan berbasikal, yang tahu adalah PKBM,”katanya lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan jelas sekali mempersoalkan kredibiliti badan tertinggi yang menguruskan hal hal berkaitan sukan di Malaysia.

Samada terlupa atau terlalu yakin, penganjuran Le Tour de Langkawi diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada 1996 selepas mengarahkan Kementerian Belia dan Malaysia ketika itu untuk mengkaji dan menjalankan kejohanan tersebut dengan matlamat untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Penganjur baru yang dilantik dikatakan sudah mempunyai syarikat penaja yang bersedia untuk menjasi sebahagian daripada keluarga LTdL 2018 selain meluahkan keyakinan mampu untuk ‘berdiri’ tanpa bantuan dana kerajaan.

Penglibatan PKBM dalam LTdL hanya menguruskan pendaftaran perlumbaan kepada UCI dan menguruskan hal berkaitan teknikal.

KBS sebelum ini banyak ‘memberi muka’ kepada PKBM selepas digantung  kerana didapati bersalah menggunakan wang peruntukkan oleh kerajaan untuk penganjuran Jelajah Malaysia selain tidak memaklumkan secara rasmi pembidaan untuk menjadi penganjur bagi Kejohanan Berbasikal Asia 2018.

Tidak dinafikan PKBM merupakan badan yang bertanggungjawab ke atas sukan berbasikal di Malaysia, namun setiap aktiviti dan kejohanan yang mahu dilakukan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang kini dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin. OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -