Malaysia dan Korea Selatan disahkan akan bertemu bagi aksi Kelayakan Piala Asia di Thailand bulan depan selepas beberapa kali ditangguh susulan kemelut melibatkan dua negara tersebut.

menerusi kenyataan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Thailan dipilih sebagai venue neutral bagi perlawanan yang dijadual berlangsung pada 10 dan 13 November, namun stadium bagi perlawanan kedua dua pasukan masih belum ditentukan.

Perlawanan pusingan pertama sepatutnya bermula pada 28 Mac di Pyongyang, namun ditunda dua kali susulan kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

kes tersebut sekaligus mewujudkan krisis hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Korea Utara sekaligus kerajaan kedua dua negara memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang lawatan ke negara itu sehingga kes selesai.OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -