Pei Jing akui sudah lama tidak ‘enjoy’ bermain

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/10/pei-jing-akui-sudah-lama-tidak-enjoy-bermain">
Twitter
Pinterest

 

Tekanan sebagai pasangan beregu campuran nombor satu negara jelas semakin memberi kesan kepada prestasi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Gandingan itu bergelut untuk menepati ekspetasi dan tampil hambar dalam dua kejohanan terakhir yang mereka sertai pada bulan lalu – tersingkir di pusingan kedua Terbuka Korea diikuti kekalahan di pusingan pertama Terbuka Jepun.

Namun mereka tekad mahu melupakan kecewa tersebut dan bangkit apabila membawa cabaran di Terbuka Denmark di Odense bermula 17 Oktober depan.

Tanpa berselindung, Pei Jing berkata, “Saya perlu akui tekanan semakin tinggi setelah kami menjadi gandingan utama negara. Saya dan Kian Meng mula menjadi tegang kerana kami mahu menang setiap perlawanan sekaligus menyebabkan kami hilang rentak, hilang momentum.

“Kami sudah tidak ‘enjoy’ apabila bermain, motivasi dan keyakinan kami jatuh selepas setiap kekalahan. Kami biarkan tekanan untuk menguasai kami. Jujur saya katakan, saya tidak ingat bila kali terakhir kami ‘enjoy’ sewaktu bermain dan bermain tanpa tekanan.

“Kami perlu membina semula keyakinan dan menyerap tenaga positif ke dalam permainan agar dapat segera kembali ke landasan. Kami mahu jadikan Denmark sebagai permulaan kebangkitan, mahu melangkah sejauh yang boleh bagi menghidupkan peluang layak ke pusingan akhir SuperSeries Dunia pada Disember nanti.”    

Pasangan Kian Meng-Pei Jing yang ketika ini di kedudukan nombor 10 dunia/SuperSeries diangkat sebagai gandingan nombor satu negara setelah pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa dipisahkan buat sementara berikutan kecederaan bahu dialami Liu Ying.

Mereka perlu berada di kedudukan lapan teratas ranking Superseries setelah berakhir empat pusingan yang berbaki iaitu di Denmark, Perancis, China dan Hong Kong untuk menempah tempat beraksi di pusingan akhir di Dubai pada 13-17 Disember depan.   

Di Denmark nanti, Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh akan berdepan Seung Jae Seo-Kim Ha Na dari Korea Selatan di pusingan pertama. Cabaran sebenar buat mereka adalah di peringkat suku akhir apabila dijadual berdepan pilihan utama Zheng Siwei-Chen Qingchen dari China. OLEH MUHD AIMAN 

 

Please follow and like us:
0