Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez semakin menghampiri status selaku juara CIMB Classic 2017 selepas mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu di pusingan ketiga.

Catatan 4 dibawah par pada hari ini sudah cukup untuk Perez melebarkan kedudukan di tangga teratas dengan kelebihan 4 pukulan di depan pencabar terdekat, Xander Schaufelle.

“Saya tidak mahu berfikir terlalu jauh, segalanya baik pada hari ini, putting dan permainan saya. Cuaca disini begitu panas dan saya perlu bermain dengan bijak.

“Bermain secara aggresif adalah perlu, tetapi saya tidak perlu memberi tekanan ke atas diri sendiri untuk mencapai kemenangan dan saya perlu pastikan catatan yang baik di lima lubang terawal atau terpaksa mencari jalan untuk melakukan catatan yang rendah dilubang lain,”kata Perez.

Memulakan hari ketiga di Lapangan Golf TPC Bukit Kiara dengan 13 dibawah par, pemain berusia 41 tahun ini tenyata tidak bermain dalam tekanan mahupun aggresif.

Perez menutup Sembilan lubang pertama dengan catatan birdie di lubang 4,5 dan 9 sebelum menambah satu lagi birdie di lubang 10.

Keyakinannya semakin memuncak apabila menambah lima lagi birdie dan bogey dilubang 13 untuk menutup hari ketiga dengan 64 pukulan 8 dibawah par.

Selepas beraksi 54 lubang, Pat Perez mengumpul 195 pukulan 21 di atas par dengan baki 18 lubang terakhir esok menjadi penentu kejuaraannya.

Kali terakhir Perez menjulang trofi Jelajah PGA pada November 2016 selepas menjuarai OHL Classic di Mayakoba.

Mengekori rapat dibelakang Xander Schaufelle yang mengumpul 199 pukulan 17 dibawah par selepas tamat hari ketiga.

Faktor cuaca tampak menjadi penghalang buat Schaufelle apabila bermula hambar dengan bogey dilubang pertama.

Beliau bagaimanapun bangkit dengan aksi yang lebih kemas, membenam dua birdie dilubang 3 dan 4 sebelum menambah eagle di lubang 10.

Dua birdie terakhir dilubang 16 dan 18 memastikan Xander Schaufelle terus menghimpit Pat Perez dengan catatan pada hari ketiga, 67 pukulan 5 dibawah par.

“Saya perlu melihat kedudukan pendahulu kerana tidak tahu kedudukan Pat Perez. Saya akan bermain dengan dia (Pat Perez), kami seronok sepanjang hari dan esok kami perlu fikirkan catatan ketika dilapangan,”kata Schaufelle.

Tempat ketiga milik pemain kelahiran Korea Selatan, Sung Kang yang mengumpul 200 pukulan 16 dibawah par.  

Hari ketiga, Kang mencatat 65 pukulan 7 dibawah par. OLEH KU MOHD LUFTI

 

Kedudukan Pemain selepas hari ketiga

195 – Pat Perez (USA) 66-65-64

199 – Xander Schauffele (USA) 65-67-67

200 – Kang Sung-Hoon (KOR) 67-68-65

201 – Hideki Matsuyama (JPN) 70-68-63,

Keegan Bradley (USA) 65-71-65

204 – Anirban Lahiri (IND) 67-73-64

205 – Ollie Schniederjans (USA) 72-68-65,

Jazz Janewattananond (THA) 70-69-66

206 – Peter Uihlein (USA) 73-68-65,

Danny Lee (NZL) 73-65-68,

Lucas Glover (USA) 71-67-68,

Rafa Cabrera-Bello (ESP) 67-70-69

207 – Stewart Cink (USA) 72-68-67,

Gary Woodland (USA) 66-73-68

208 – Jhonattan Vegas (VEN) 72-70-66,

David Lipsky (USA) 69-71-68,

Luke List (USA) 70-70-68,

Brendan Steele (USA) 67-71-70,

Kyle Stanley (USA) 71-67-70,

Cameron Smith (AUS) 64-71-73

209 – C.T.Pan (TPE) 70-70-69,

Paul Casey (ENG) 77-63-69,

Harold Varner III (USA) 72-67-70

- Advertisement -