Belum selesai isu melibatkan ‘hak milik’ penganjuran jelajah berbasikal, Le Tour de Langkawi, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terus mencetus kontroversi.

Menerusi kenyataan media bertajuk; MNCF terus kerjasama dengan KBS anjur LTDL 2018, pertemuan telah diadakan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali di Putrajaya pada Isnin.

Antara kandungan kenyataan media tersebut, Datuk Lokman memberi jaminan KBS akan membantu PKBM bagi memastikan LTDL 2018 berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah, Datuk Lokman turut memberi jaminan akan memperuntukkan perbelanjaan mencukupi bagi membantu kelancaran LTDL 2018.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan adalah bercanggah sama sekali dengan intipati mesyuarat yang diadakan tempoh hari.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab pula mengesahkan laporan akhbar pada hari ini dikatakan telah diputar belit.

Apakah agenda yang mahu dilaksanakan oleh PKBM dalam penganjuran LTdL 2018? badan induk berbasikal Malaysia tampak semakin ‘keras kepala’ meskipun sudah beberapa kali di beri peluang oleh KBS.

Pada Oktober 2014, KBS mengarahkan penggantungan ke atas PKBM selepas didapati bersalah kerana menyalah guna peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Penggantungan itu bagaimanapun ditarik balik selepas KBS berpuas hati dengan pembetulan dan penjelasan yang tekah dibuat oleh PKBM.

Pada Oktober tahun lalu, PKBM sekali lagi mencetus ‘kemarahan’ KBS apabila tidak mengemukan memohon keizinan untuk membida dan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2018.

Semalam, PKBM mengeluarkan satu lagi kenyataan media bagi memperjelaskan keadaan sebenar berkenaan mesyuarat dengan Datuk Lokman Hakim Ali.

Datuk Abu Samah menjelaskan, kenyataan media yang dikeluarkan pada awal minggu ini adalah kesilapan daripada pegawai media yang tidak diluluskan olehnya terlebih dahulu.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

KENYATAAN MEDIA – 24 OKTOBER 2017

 

MNCF TERUS KERJASAMA DENGAN KBS ANJUR LTDL 2018

MELAKA: Desas desus kononnya Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL 2018) bakal menyaksikan berakhirnya kerjasama di antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), terjawab hari ini.

Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Abd Wahab hari ini mengesahkan bahawa badan induk tersebut akan meneruskan kerjasama yang terjalin mesra dengan KBS sejak Le Tour de Langkawi 2007 (LTdL 2007).

Saya telah mengetuai barisan Exco MNCF untuk mengadakan mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali dan ia diadakan di Putrajaya pada Isnin lalu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) turut mengesahkan bahawa Lokman Hakim telah memberi jaminan bahawa KBS akan membantu MNCF bagi memastikan LTdL 2018 berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar.

Pada mesyuarat tersebut, Lokman Hakim telah beri jaminan akan memperuntukkan perbelanjaan mencukupi bagi membantu kelancaran LTdL 2018. Perkara ini amat menyenangkan hati MNCF, katanya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan MNCF membayangkan akan melantik pengendali baharu perlumbaan berbasikal (LTdL 2018) tanpa perlu mengharapkan lagi bantuan dana daripada KBS.

Menurut laporan tersebut, MNCF bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan nama syarikat pengendali terbabit buat masa ini bagi tujuan dokumentasi tetapi mengakui ia tiada kaitan langsung dengan pengendali LTdL 2017 iaitu Ciclista Sports Sdn Bhd.

MNCF turut mendedahkan bahawa keputusan tersebut dibincang dan diluluskan oleh Exco dan Majlis persatuan tersebut pada mesyuarat 23 September lalu.

LTdL 2018 adalah sebuah kejohanan lumba basikal berstatus hors classe dalam kalendar tahunan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Sehubungan itu, Abu Samah menegaskan KSU KBS juga telah meminta pihaknya untuk mengadakan perbincangan semula dengan syarikat yang kononnya telah diberikan hak sebagai pengurus acara LTdL 2018.

Saya telah bertemu dengan `orang kuat syarikat tersebut baru-baru ini. Saya telah memberikan penjelasan dan justifikasi kenapa MNCF bersetuju untuk meneruskan jalinan kerjasama dengan KBS, katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa KBS sudah memahami kedudukan MNCF sebagai pemegang hak LTDL dan hakikat tersebut telah pun diperakui oleh UCI.

Tapi ini bukannya isu pokok. Saya berasa gembira kerana mudah untuk berurusan dengan seorang KSU seperti Lokman Hakim. Dalam hal ini, saya amat menghormati keputusan KSU KBS tersebut, katanya.

 

KENYATAAN MEDIA – 25 OKTOBER 2017

 

” MNCF TERUS KERJASAMA DENGAN KBS ANJUR LTDL 2018

MELAKA: Ekoran dari kenyataan yang dikeluarkan semalam, PKBM ingin menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul dari kenyataan tersebut.

Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Abd Wahab hari ini mengesahkan bahawa badan induk tersebut akan meneruskan kerjasama yang terjalin mesra dengan KBS sejak Le Tour de Langkawi 2007 (LTdL 2007).

Saya telah mengetuai barisan Exco MNCF untuk mengadakan mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali dan ia diadakan di Putrajaya pada Isnin lalu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) turut mengesahkan bahawa Lokman Hakim telah memberi jaminan bahawa KBS akan memastikan LtDL 2018 berjalan lancar tanpa sebarang masaalah besar dengan kerjasama MNCF.

Pada mesyuarat tersebut, Lokman Hakim telah beri jaminan akan memastikan LTdL 2018 dianjurkan tanpa bebanan kewangan oleh pihak penganjur atau pengurusannya nanti. Perkara ini amat menyenangkan hati MNCF, katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa KBS dan MNCF bersama-sama memahami bahawa LTDL yang dimulakan dengan hak penganjuran oleh Kerajaan dibawah KBS akan diteruskan bersama MNCF yang mempunyai hak pengiktirafan LTDL dari UCI untuk memastikan bahawa LTDL sebagai satu pertandingan sukan berbasikal terbesar negara yang memerlukan kerjasama yang erat dan efektif antara Kerajaan dan persatuan.

PKBM akan terus menjalankan tanggungjawab kami kepada penganjur iaitu KBS bagi mendapatkan pengiktirafan dari pihak UCI dan seterusnya membantu KBS dalam aspek teknikal perlumbaan tersebut. Apa yang penting ialah menyaksikan LtDL kekal sebagai salah satu perlumbaan basikal bertaraf dunia yang diiktiraf dan ditinggu-tunggu oleh peminat2 berbasikal tempatan dan antarabangsa.

- Advertisement -