Gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai menempah tiket beraksi di separuh akhir Terbuka Denmark setelah menyingkirkan pasangan dari negara tuan rumah, Niclas Nohr-Sara Thygesen di peringkat suku akhir.

Soon Huat-Shevon dikerah bekerja keras pada set pertama sebelum menang 23-21 namun ianya tampak lebih mudah buat pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu di set kedua apabila menang 21-12 dalam perlawanan berlangsung selama 41 minit.

Pasangan itu adalah satu-satunya wakil Malaysia yang masih meneruskan cabaran di Odense dan lawan yang menanti di peringkat separuh akhir adalah pasangan nombor satu dunia, Zheng Siwei-Chen Qingchen dari China.

Siwei-Qingchen mara setelah menyingkirkan beregu Korea Selatan, Seung Jae Seo-Kim Ha Na 21-12, 21-15 di suku akhir.

Satu lagi aksi separuh akhir beregu campuran akan menyaksikan pertembungan antara pemenang emas Sukan Olimpik, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dari Indonesia dan Tan Chung Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.OLEH MUHD AIMANĀ 

Ā Ā  Ā 

- Advertisement -