Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didenda 30 000 Dolar US hari ini susulan tindakan penyokong yang menggelar penyokong pasukan Singapura dan Brunei dengan perkataan ‘anjing’ ketika saingan Sukan SEA ke 29 Ogos lalu.

Menerusi kenyataan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), penyokong Malaysia menggunakan perkataan tersebut ketika Malaysia menentang Brunei Darussalam pada 14 Ogos dimana tuan rumah menang 2-1.

Dua hari kemudian giliran penyokong Singapura menjadi ‘mangsa’ ejekan penyokong Malaysia.

Tindakan tersebut adalah satu kesalahan dan Jawatankuasa Displin AFC mendenda FAM sebanyak 15 000 Dolar US bagi setiap kesalahan.

Dalam pada itu, AFC turut memberikan amaran keras kepada Persatuan Bolasepak Hong Kong selepas penyokong pasukan itu didapati bersalah kerana mengejek ketika lagu kebangsaan China dimainkan, malah tindakan lebih tegas akan dikenakan jika kesalahan itu diulangi.OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -