Dua pelumba trek negara, Azizulhasni Awang Jaguh dunia, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, masing-masing gagal melayakan diri ke pusingan kedua acara keirin pada perlumbaan Trek Siri Pertama Piala Dunia di Velodrom BGZ Arena di Pruszkow, Poland.

 Pusingan pertama, Mohd Shah Firdaus Sahrom yang beraksi di saringan ke ke 3 menamatkan perlumbaan ditangga ke 4 dibelakang Juan Peralta Gascon (Sepanyol), Harrie Lavreysen (Belanda) dan pemenang, Yudai Nitta dari Jepun yang mencatat masa 10.266 saat.

Manakala Azizul Hasni yang beraksi di saringan ke 6 menduduki tempat terakhir manakala pelumba kelahiran Belanda, Matthijs Buchli mengungguli peringkat ini.

Firdaus yang beraksi dalam pusingan Repecharge gagal untuk menamatkan perlumbaan di tangga teratas selepas menduduki tempat ke 2 dibelakang Sebastien Vigier dari Perancis.

Manakala Azizul gagal menamatkan perlumbaan bersama sama pelumba Jepun, Kazunari Watanabe  dalam saringan ke 6.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

 

- Advertisement -